Berita Harian

‘Dr M belek lama gambar sekolah daif di Sarawak’

Pegawai Kemajuan Negeri akui PM prihatin, mahu isu selesai segera

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

Petra Jaya: “Tun Dr Mahathir (Mohamad) belek (perhati) cukup lama gambar dalam laporan sekolah daif negeri ini,” kata Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sarawak, Mohd Zaki Mahyudin.

Mohd Zaki yang bertanggun­gjawab memantau semua projek Kerajaan Pusat di Sarawak, berkata itulah pengalaman­nya ketika Setiausaha Persekutua­n Sarawak, Datuk Mansor Man membentang­kan laporan berkaitan sekolah daif pada Taklimat Prestasi Pelaksanaa­n Projek Persekutua­n Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) Rolling Plan 4 (RP4) sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Bintulu, Disember lalu.

“Saya masih ingat, Perdana Menteri tengok semua gambar yang pihak kami bentangkan pasal sekolah daif. Perdana Menteri tengok satu-satu gambar dalam tempoh lama.

“Perdana Menteri pandang berat isu sekolah daif di Sarawak dan mahu ia diselesaik­an. Mengatakan Kerajaan Pusat tidak menghirauk­an keadaan anak bersekolah di sekolah usang, itu tidak benar,” katanya kepada BH, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam proses menguruska­n isu sekolah daif, ia perlu dilaksanak­an secara berhemah dan memerlukan penelitian membabitka­n pelaksanaa­nnya demi memastikan pengurusan projek baik pulih sekolah siap dalam tempoh ditetapkan.

“Saya boleh katakan jumlah sekolah daif yang benar-benar memerlukan bantuan boleh bertambah kerana hasil kajian mendapati ada sekolah daif tidak termasuk dalam senarai sekolah cukup

Mengatakan Kerajaan Pusat tidak hiraukan keadaan anak bersekolah di sekolah usang, itu tidak benar. Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kemajuan Negeri, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sarawak

teruk keadaannya kerana kesukaran mendapatka­n akses masuk,” katanya.

Mohd Zaki berkata, sikap keterbukaa­n Dr Mahathir untuk menangani isu berbangkit, termasuk pelaksanaa­n projek di Sarawak dibuktikan dengan membenarka­n wakil kerajaan negeri menjadi Pengerusi Bersama dalam Majlis Tindakan Negeri.

“Majlis Tindakan Negeri itu dipengerus­ikan bersama oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Pada mulanya, ia hanya dipengerus­ikan oleh menteri, tetapi atas permintaan kerajaan negeri, Perdana Menteri bersetuju wakil kerajaan negeri dilantik bersama,” katanya.

Majlis berkenaan berfungsi untuk menyelaras semua projek dilaksanak­an oleh Kerajaan Pusat di Sarawak supaya berjalan lancar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia