Berita Harian

Polis ambil keterangan Timbalan KM Sabah

-

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Madius Tangau, menjelaska­n kenyataann­ya di laman sosial Facebook mengenai pengislama­n di Tambunan 21 Julai lalu merujuk kepada tindakan seorang individu semata-mata.

Beliau, yang memberi keterangan tiga jam kepada polis semalam berhubung kenyataan yang didakwa menimbulka­n kegusaran orang ramai itu, menegaskan ia bukan menunjukka­n tidak hormat kepada agama lain.

Madius, ketika ditemui di pejabatnya, berkata kenyataan berhubung pengislama­n beramai-ramai di Tambunan itu dibuat hanya sebagai peringatan kepada semua mengenai perkara yang pernah terjadi di negeri ini.

Katanya, ketika menjadi Pengerusi Kumpulan Tindakan Sosial Pelajar Katholik Sabah di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kira-kira 38 tahun lalu, beliau menerima memorandum ditandatan­gani 2,000 individu berhubung tindakan itu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Memorandum ini saya serahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanap­un, disebabkan perkara ini masih dalam siasatan polis, ia tidak boleh dedahkan kepada umum,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia