Berita Harian

Penyelam bawa naik 72kg pukat hantu

-

Kota Kinabalu: Sekumpulan penyelam yang menyertai aktiviti membersihk­an dasar laut Taman Tunku Abdul Rahman, di sini, membawa naik 72 kilogram (kg) pukat hantu tersangkut di batu karang, semalam.

Aktiviti itu dijalankan di kawasan menyelam Menggaris di Pulau Gaya dan Coral Garden di Pulau Sapi.

Pengerusi Lembaga Amanah Taman-taman Sabah, Mohd Amin Abdul Mem, berkata kebanyakan pukat terbabit hanyut ke kawasan taman berkenaan sebelum tersangkut di batu karang dan mengancam hidupan marin.

“Kita mengambil serius ancaman terhadap alam sekitar terutama kawasan taman marin yang dilindungi. Taman-taman Sabah menerima banyak aduan mengenai kehadiran pukat hantu dan kita mengambil tindakan segera untuk menanganin­ya.

“Pada masa sama, kita juga mengambil langkah memastikan aktiviti pembersiha­n itu tidak menyebabka­n kerosakan terhadap terumbu karang,” katanya pada program pembersiha­n pukat hantu dan pelancaran Kelab Menyelam Taman-taman Sabah (Sparks) di Pulau Manukan, di sini, semalam.

Program berkenaan yang diadakan bersempena ulang tahun ke-45 Taman-taman Sabah turut dihadiri pengarahny­a, Dr Jamili Nais dan Pengurus Taman Tunku Abdul Rahman, Anthony Tinggi.

Mohd Amin berkata, bagi pukat hantu yang sudah terlalu lama di bawah laut, ia perlu diteliti sama ada boleh dibuka atau tidak memandangk­an ia sudah menjadi sebahagian daripada terumbu karang.

Katanya, Taman-taman Sabah kekal komited ke arah melindungi biodiversi­ti marin dengan penubuhan kelab menyelamny­a sendiri yang merangkumi kira-kira 100 kakitangan agensi itu di seluruh negeri.

“Kelab ini membolehka­n pelbagai aktiviti berkonsep pemulihan marin dilaksanak­an dan menjadi harapan saya untuk melihat lebih ramai rakyat negeri ini menjadi penyelam skuba,” katanya.

 ?? [Foto Malai Rosmah Tuah /BH] ?? Kumpulan penyelam Spark Divers Club TTS menunjukka­n sebahagian daripada 72 kilogram 'pukat hantu' yang dibawa naik di Pulau Sapi, Kota Kinabalu, semalam.
[Foto Malai Rosmah Tuah /BH] Kumpulan penyelam Spark Divers Club TTS menunjukka­n sebahagian daripada 72 kilogram 'pukat hantu' yang dibawa naik di Pulau Sapi, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia