Berita Harian

Lelaki jatuh bersama kren, ditemui lemas

-

Kapit: Pengendali kren yang dilaporkan hilang selepas terjatuh bersama jentera berat itu ke dalam Sungai Rajang, Ahad lalu, ditemui lemas, kelmarin.

Mayat mangsa, Kiing Sih Hock, 59, ditemui terapung pada jam 1.02 tengah hari, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik pihaknya menerima laporan pada jam 7.46 malam, Ahad lalu.

“Operasi membabitka­n tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS).

“Pencarian dilakukan dengan menaiki bot ke hilir sungai sehinggala­h mayat mangsa ditemui tengah hari semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia