Berita Harian

Peluang berkhidmat di halaman sendiri

-

Kota Kinabalu: Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin yang menggalas tanggungja­wab sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa kelmarin, menyifatka­n pelantikan itu memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat di kampung halaman.

Berasal dari daerah ini, Taufiq, 51, yang berkhidmat di Semenanjun­g lebih 20 tahun, berkata Sabah adalah kampung halamannya dan kepulangan­nya diibaratka­n sebagai balik kampung.

“Ini (Sabah) adalah kampung halaman saya... justeru ini adalah masa yang sesuai untuk saya berkhidmat di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas majlis serah tugas di Galeri Majlis di Bangunan Canselori di sini, semalam.

Majlis serah tugas antara bekas Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin kepada Taufiq itu disaksikan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk KY Mustafa.

Terdahulu dalam ucapannya, Taufiq yang sebelum ini adalah Profesor di Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata beliau berdepan cabaran dalam memastikan UMS terus dikenali hingga ke peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia