Berita Harian

Sogok RM58,700 elak dikenakan tindakan

-

Serian: Seorang lelaki yang terdesak untuk melepaskan diri selepas menyembuny­ikan rokok seludup, sanggup menawarkan wang berjumlah RM58,700 kepada anggota polis, kelmarin.

Suspek berusia 56 tahun itu cuba menawarkan sogokan kepada anggota Batalion 11, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menyerbu premisnya di Kampung Triboh, Serian, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA, Superinten­dan Rosdi Inai, berkata serbuan menerusi Ops Libas itu diketuai Asisten Superinten­dan Mohd Mazlan Mohd Ariff.

Beliau berkata, selepas anggotanya menemui 1,216 karton rokok pelbagai jenis yang disembunyi­kan di dalam premis miliknya, suspek menawarkan sejumlah wang, sebagai ganjaran supaya tidak diambil tindakan.

“Hasil pemeriksaa­n, suspek yang dipercayai pemilik premis itu bukan sahaja gagal mengemukak­an sebarang dokumen berhubung rokok itu, malah cuba memberi rasuah kepada anggota kami.

“Jumlah yang ditawarkan agak besar tetapi anggota kami tidak tunduk malah meneruskan tindakan terhadap lelaki terbabit,” katanya pada sidang media, semalam.

Rosdi berkata, suspek kemudianny­a ditahan mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan rokok yang ditemui itu dirampas untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Katanya, berdasarka­n maklumat awal, rokok itu diseludup dari negara jiran untuk diedarkan di pasaran negeri ini.

Sehubungan itu, Rosdi memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan jenayah rentas sempadan supaya segera menyalurka­nnya kepada pihak berkuasa bagi membolehka­n tindakan segera diambil.

 ??  ?? Rosdi Inai
Rosdi Inai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia