Berita Harian

LHDN kemuka saman tuntut Ku Nan bayar cukai RM57.17J

Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n terhutang untuk tahun taksiran 2012 hingga 2017

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bharian.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemukak­an saman terhadap bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntut RM57.17 juta membabitka­n cukai pendapatan tidak dibayar sejak tahun 2012.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lalu dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutua­n selaku defendan.

Laporan sebuah portal mendedahka­n, melalui tuntutan saman berkenaan, LHDN mendakwa Tengku Adnan masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2017 seperti dinyatakan melalui Notis Taksiran yang dihantar pada 15 Mac 2019 dan diterima defendan pada 22 Mac lalu.

LHDN mendakwa, Tengku Adnan gagal mematuhi notis berkenaan dan membayar amaun dituntut dalam masa 30 hari daripada notis itu dikeluarka­n.

Jumlah cukai pendapatan terhutang sejak 2012 hingga 2017, termasuk faedah ialah: RM64,444.38 (2012) RM6,614,861.59 (2013) RM8,887,576.69 (2014) RM9,198,523.67 (2015) RM5,520,818.05 (2016) RM26,880,844.97 (2017) Tengku Adnan kini berdepan dua tuduhan rasuah berasingan di Mahkamah Tinggi, iaitu masing-masing menerima wang RM3 juta dan RM1 juta berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ia sebagai upah bagi dirinya meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan pembanguna­n Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, kerajaan melalui LHDN pada 25 Jun lalu turut memfailkan saman sama terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan berkata, Tahun Taksiran 2011 hingga 2017, Najib (defendan) ditaksir dengan Taksiran Tambahan masing-masing RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; dan RM643,445.21 dan RM346,471.41 dinyatakan melalui Notis Taksiran (Tambahan) bertarikh 20 Mac 2019.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia