Berita Harian

Lapan cedera lif terhempas dari tingkat 5

Empat mangsa patah kaki, empat cedera dalam kejadian di PPR Kerinchi

- Oleh Aziz Ngah, Haika Khazi, Wan Noor Hayati Wan Alias dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah, saya sempat pegang panel butang lif ketika ia menjunam dari tingkat lima.”

Demikian kata seorang daripada mangsa lif terhempas dalam keadaan pintunya terbuka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Ahmad Shahid Imran, 24, menceritak­an keadaan cemas ketika kejadian itu, semalam.

Empat mangsa patah kaki, manakala empat yang lain cedera pada pergelanga­n kaki dan tangan dan seorang lagi tidak cedera dalam kejadian jam 2.30 petang itu.

Ahmad Shahid yang luka di tangan, berkata sebahagian besar penduduk yang menaiki lif itu baru pulang daripada menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

Katanya, lif itu berada di tingkat lima sebelum ‘menjunam’ ke bawah dalam keadaan pintunya terbuka.

“Ramai yang menjerit ketakutan, saya ketika itu pegang panel butang lif dan tidak dapat berfikir apa-apa kerana ia berlaku terlalu pantas.

“Ada yang terseliuh dan patah kaki, satu pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Mangsa lain, Mohd Riduan Norsani, 34, berkata dia dan anaknya, Muhammad Haziq, 10, yang mengalami keretakan tulang, terduduk menahan kesakitan selepas lif terhempas.

Katanya, kejadian itu berlaku terlalu pantas hingga mereka tidak ada masa untuk berfikir apa yang perlu dilakukan untuk mengelak kecederaan.

“Saya tergamam, nak jerit pun tak sempat kerana lif itu terjunam dalam sekelip mata.

“Ketika kejadian, tiada pula sebarang bunyi kecemasan mengatakan lif itu rosak atau sebaliknya.

“Ia bagaikan satu mimpi buruk, tidak pernah dalam sejarah PPR Kerinchi berlaku lif terjunam sebegitu rupa,” katanya pada BH, malam tadi.

Shmsul Nordin, 51 berkata mereka dalam lif hanya mampu bertawakal, mengucap dua kalimah syahadah sambil menyebut nama Allah ketika lif menjunam.

Shmsul yang patah kaki menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, beliau cuba bangun selepas lif berkenaan terhempas, namun gagal kerana terlalu sakit dan melihat kaki kirinya yang pernah menjalani pembedahan terkulai dipercayai patah.

Katanya, beliau bernasib baik kerana penduduk datang membantu mengeluark­an mereka.

“Selepas solat Jumaat, saya bersama penduduk lain, termasuk seorang kanak-kanak, wanita dan warga emas masuk ke dalam lif berkenaan untuk naik ke rumah masing-masing.

“Bagaimanap­un, apabila tiba di

tingkat lima pintu lif terbuka dan seorang penduduk sempat keluar, sebelum lif tiba-tiba menjunam.

“Pada masa itu, semua orang hanya mampu bertawakal dan menyebut nama Allah sambil berdoa supaya selamat,” katanya ketika ditemui di HKL di sini, malam tadi.

Mangsa lain, Noor Hasniza Jamaluddin, 34, berkata tisu ligamen kakinya koyak dan bengkak.

“Saya tidak boleh bayangkan kalau lif terjunam dari tingkat 10,” katanya.

Isteri Mohd Riduan, Haliza Hassan, 37, mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah tegas mengatasi masalah lif di situ.

Katanya, PBT tidak boleh menunggu ada kemalangan lebih teruk untuk mengatasi masalah itu.

Penduduk lain, Idris Abd Samad, 60, mendakwa kejadian sama turut berlaku di blok itu tahun lalu.

“Kejadian sama tahun lalu tidak membabitka­n kematian, cuma cedera ringan.

“Kebiasaan PBT ada selenggara lif di kawasan PPR ini tapi selepas beberapa hari rosak kembali,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohd Riduan bersama Muhammad Haziq yang retak tulang, terduduk menahan kesakitan.
Mohd Riduan bersama Muhammad Haziq yang retak tulang, terduduk menahan kesakitan.
 ?? (Foto ihsan pembaca) (Foto ihsan pembaca) ?? Shmsul patah kaki kiri menerima rawatan di HKL. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kakitangan perubatan mengangkat mangsa yang cedera dalam lif terhempas di PPR Kerinchi, semalam.
(Foto ihsan pembaca) (Foto ihsan pembaca) Shmsul patah kaki kiri menerima rawatan di HKL. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Kakitangan perubatan mengangkat mangsa yang cedera dalam lif terhempas di PPR Kerinchi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia