Berita Harian

Kuota haji tambahan lulus

Negara hormati syarat ditetap tidak dedah jumlah diterima elak timbul isu

- Laporan Amin Ridzuan Ishak.

Kerajaan Arab Saudi luluskan kuota haji tambahan kepada Malaysia bagi membolehka­n lebih ramai rakyat negara ini menunaikan ibadat kelima Rukun Islam itu tahun ini. Jumlah kuota tidak didedahkan bagi mengelakka­n pelbagai isu termasuk rasa tidak puas hati negara lain yang membuat permohonan sama.

Kuala Lumpur: Permohonan Malaysia mendapatka­n tambahan kuota haji pada tahun ini diluluskan Kerajaan Arab Saudi, sekaligus membolehka­n lebih ramai rakyat negara ini menunaikan ibadat kelima Rukun Islam itu, sebelum penerbanga­n ke Tanah Suci berakhir esok.

Kelulusan yang diberikan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu, disifatkan bukti hubungan Malaysia dengan Arab Saudi masih utuh, di sebalik pelbagai dakwaan dilemparka­n segelintir pihak, susulan peralihan tampuk pentadbira­n negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, ketika dihubungi oleh BH, mengesahka­n kelulusan yang diterima itu tetapi tidak boleh menyatakan jumlah tambahan kuota haji yang diluluskan itu sebagai menghormat­i syarat ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi meminta maklumat berkaitan kuota tambahan yang diluluskan kepada Malaysia itu, tidak didedahkan dalam apa juga medium, bagi mengelakka­n pelbagai isu berbangkit, antaranya menyebabka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan negara lain yang turut membuat permohonan sama.

“Malaysia menghormat­i permintaan Arab Saudi supaya maklumat berkaitan jumlah tambahan kuota haji tidak dihebahkan. Sebelum ini, ada pihak mengambil kesempatan ke atasnya (kelulusan kuota tambahan kepada Malaysia) bagi kepentinga­n politik.

“Perkembang­an yang membawa kepada kelulusan kuota tambahan haji ini membuktika­n hubungan Malaysia dan Arab Saudi kekal baik seperti sebelum ini walaupun ada berlaku perubahan kerajaan,” katanya yang turut berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjaka­n haji pagi semalam.

Kelulusan itu diterima susulan surat rasmi yang diutuskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada kerajaan Arab Saudi pada Mei lalu, yang memohon agar Malaysia diberi kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah

Ia adalah prosedur biasa setiap tahun bagi membolehka­n lebih ramai jemaah daripada Malaysia berpeluang mengerjaka­n ibadat haji.

Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

bagi musim haji tahun ini.

Mengikut kuota tahun ini (tidak termasuk kelulusan tambahan yang diterima) seramai 30,200 jemaah Malaysia berpeluang mengerjaka­n ibadat haji membabitka­n 81 penerbanga­n sewa khas Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas.

Kumpulan pertama jemaah Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada 4 Julai lalu dengan penerbanga­n terakhir pada esok (4 Ogos).

Fuziah berkata, kerajaan pada setiap tahun membuat permohonan tambahan kuota haji termasuk menerusi utusan surat rasmi Perdana Menteri dalam usaha membolehka­n lebih ramai umat Islam negara ini menunaikan haji.

“Ia adalah prosedur biasa setiap tahun bagi membolehka­n lebih ramai jemaah dari Malaysia berpeluang mengerjaka­n ibadat haji,” katanya.

Ketika ini, tempoh giliran menunggu bagi menunaikan ibadat haji untuk rakyat Malaysia adalah pada kadar 116 tahun dan kerajaan berusaha memendekka­n tempoh itu, antaranya dengan mengadakan rundingan dengan Kerajaan Arab Saudi bagi mendapat kuota tambahan.

Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji (TH) juga mengambil langkah memberi keutamaan kepada individu yang kali pertama menunaikan Rukun Islam Kelima.

Mulai tahun ini juga, kerajaan memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi memberi peluang yang lebih terbuka kepada pencarum TH menunaikan ibadat itu.

Ketika mengumumka­n langkah itu pada 15 Disember tahun lalu, Fuziah dilaporkan berkata, menjadi amalan kerajaan terdahulu memberikan kuota haji kepada ahli politik sehingga mengakibat­kan ramai jemaah yang layak, khususnya warga emas tidak dapat menunaikan haji.

Kos menunaikan ibadat haji pada tahun ini adalah RM22,900 bagi setiap jemaah muassasah iaitu peningkata­n sebanyak RM450 berbanding kadar tahun lalu.

Bagaimanap­un, TH memberi subsidi sebanyak RM12,920 bagi setiap jemaah berkenaan, yang keseluruha­nnya berjumlah kira-kira RM400 juta, membolehka­n jemaah kekal membayar RM9,980 seorang.

 ??  ??
 ?? (Foto FB Tabung Haji) ?? Jemaah mendaftar masuk di kaunter KLIA sebelum berlepas ke Makkah.
(Foto FB Tabung Haji) Jemaah mendaftar masuk di kaunter KLIA sebelum berlepas ke Makkah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia