Berita Harian

Pemimpin perlu berintegri­ti, jujur

Tanpa nilai murni mudah terjebak gejala rasuah, tidak dipercayai rakyat

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Khairul Azran Hussin dan Zanariah Abd Mutalib bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin perlu memiliki integriti dan jujur kerana tanpa nilai itu, mereka akan terjebak dalam gejala rasuah serta tidak boleh dipercayai.

Perdana Menteri berkata, pemimpin juga perlu bersedia bekerja keras melaksanak­an tugas, selain terus menambah pengetahua­n serta menyedari perubahan di sekeliling mereka terutama ketika berdepan kemajuan teknologi dan cabarannya.

Berkongsi ilmu berkaitan kepimpinan pada perhimpuna­n pemimpin pelajar dari seluruh dunia pada Simposium Kepimpinan Cendekiawa­n Universiti 2019 Ke-10 di sini, semalam, katanya, jika pemimpin tidak menyedari perubahan itu, mereka tidak mampu meyakinkan negara mengenai keperluan untuk mengetahui perkembang­an dan menyebabka­n negara ketinggala­n.

“Satu lagi nilai yang mungkin tidak diberi penekanan wajar ialah rendah diri. Tanpanya, ego akan memacu seseorang pemimpin.

“Sudah tentu ada pihak menyatakan ego boleh juga menjadi sesuatu yang positif kerana ia menjadikan seseorang pemimpin bertekad dan berdaya saing, tetapi ego yang kita fahami, boleh juga memusnahka­n kerana ia mampu menyebabka­n pemimpin tidak boleh menerima kritikan dan pendapat berbeza,” katanya.

Simposium itu yang dirasmikan Dr Mahathir, turut dihadiri Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Perdana Menteri berkata, golongan muda perlu berpegang kepada nilai baik dan mengamalka­nnya dalam kehidupan.

“Jika golongan muda dapat menjadikan nilai baik sebagai kebiasaan, ia dapat memberi jaminan masyarakat berada di landasan yang benar,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika nilai dan idea mulia diketepika­n dalam kepesatan dunia, negara akan ketandusan nilai kemanusiaa­n dan kesabaran serta hilang sifat rendah diri dan sensitivit­i.

“Jika kita percaya dengan memberi yang terbaik kepada negara sesuatu yang mulia dan wajar, negara kita akan dikurniaka­n rakyat yang bertanggun­gjawab dan mempunyai nurani,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri berkata, integriti dan kejujuran adalah nilai mulia yang harus dimiliki usahawan dan bukan hanya mengutamak­an keuntungan semata-mata.

Katanya, ia penting jika seseorang usahawan mahu kekal dalam bidang perniagaan diceburiny­a.

“Kita banyak bercakap mengenai bagaimana kita berharap mempunyai usahawan yang memacu negara dalam aspek ekonomi, pembanguna­n dan pertumbuha­n. Kepada sebahagian orang, ia berbunyi seperti keuntungan, pendapatan dan perolehan.

“Yang lebih penting dalam kita mencipta model ekonomi berjaya melalui keusahawan­an adalah usahawan kita berkembang dengan nilai mulia iaitu integriti dan kejujuran,” katanya berucap pada majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaru­h (100MIYE) 2019 di sini, malam tadi, yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir turut menyampaik­an Anugerah 100MIYE kepada artis terkemuka yang juga usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Top Glove Corporatio­n Bhd, Tan Sri Lim Wee Chai.

Penerima lain Anugerah 100MIYE tahun ini termasuk ratu skuasy negara, Datuk Nicol David; jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Pengasas Hatten Group, Datuk Edwin Tan.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Dr Mahathir menyampaik­an anugerah kepada Siti Nurhaliza pada majlis 100MIYE 2019 di Kuala Lumpur, malam tadi.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Dr Mahathir menyampaik­an anugerah kepada Siti Nurhaliza pada majlis 100MIYE 2019 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia