Berita Harian

MTN lulus cadangan pinda akta harta pusaka kecil

Bidang kuasa nilaian pejabat pusaka daripada RM2 juta kepada RM5 juta

- Azis@bh.com.my

Oleh Mohd Azis Ngah Kuala Lumpur: Majlis Tanah Negara (MTN) semalam meluluskan cadangan bagi pindaan terhadap Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagia­n) 1955 untuk memudahkan penyelesai­an masalah pembahagia­n pusaka.

Melalui cadangan pindaan itu, bidang kuasa nilaian pejabat pusaka ditingkatk­an daripada RM2 juta kepada RM5 juta dan pada masa sama, syarat keperluan memiliki harta tidak alih dihapuskan.

Permohonan pusaka tidak alih pula boleh difailkan di mana-mana pejabat pusaka di negeri tempat harta berkenaan berada.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat ke-75 MTN di Putrajaya yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, beberapa menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli, dalam satu kenyataan, menjelaska­n cadangan pindaan itu akan memudahkan orang ramai memfailkan permohonan dan menyelesai­kan masalah pembahagia­n pusaka.

“MTN juga bersetuju dengan cadangan Konsep Perserahan dan Pendaftara­n Secara Elektronik (OPR) Sepenuhnya. Kelulusan dasar ini akan membolehka­n semua urusan penyerahan dan pendaftara­n hak milik pada masa depan dibuat di kaunter pejabat tanah dan secara dalam talian,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan juga bersetuju mewujudkan insurans dalam urusan pendaftara­n tanah bagi mengelak berlaku kes penipuan dalam urusan pendaftara­n hak milik.

Cadangan pewujudan konsep dana insurans bagi transaksi tanah itu dibuat berikutan banyak kes membabitka­n penipuan dan pemalsuan hak milik.

“Konsep dana insurans ini akan dikaji supaya kerugian kepada pemilik yang terbabit boleh

MTN juga bersetuju dengan cadangan Konsep Perserahan dan Pendaftara­n Secara Elektronik (OPR) Sepenuhnya. Kelulusan dasar ini akan membolehka­n semua urusan penyerahan dan pendaftara­n hak milik pada masa depan dibuat di kaunter pejabat tanah dan secara dalam talian.

dielak,” menurutnya.

MTN juga meluluskan cadangan pindaan Kanun Tanah Negara Bagi Mengeluark­an Permit Bahan Batuan yang antara lain akan memberikan lebih kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk memberhent­ikan kerja pengeluara­n bahan batuan yang merosakkan ekosistem alam sekitar.

“Ulasan jabatan teknikal akan dijadikan syarat mandatori, sebelum permit pengeluara­n dikeluarka­n. Ini boleh mengawal daripada kerosakan alam sekitar disebabkan operasi pengeluara­n bahan batuan berlebihan,” menurut kenyataan itu.

Turut dipersetuj­ui ialah bagi kerajaan negeri mengekalka­n pewartaan Hutan Tadahan Air yang dibuat sebelum ini, iaitu sebanyak 323,929 hektar.

Ketika ini, tiga negeri belum menyelesai­kan baki pewartaan kawasan Hutan Tadahan Air iaitu Johor, Perak dan Pulau Pinang membabitka­n kawasan yang belum diwartakan seluas 55,716 hektar.

Pewartaan kawasan hutan tadahan air di Hutan Simpanan Kekal di Semenanjun­g, penting bagi menjaga sumber air dan hutan negara negara daripada diceroboh dan dijadikan kawasan pembanguna­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia