Berita Harian

‘DEB relevan, ekonomi Bumiputera masih jauh terkebelak­ang’

-

Kuala Lumpur: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menolak pandangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak lagi lestari dan harus digantikan dengan dasar berasaskan keperluan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ahmad Yazid Othman, berkata DEB kekal relevan kerana ekonomi Bumiputera masih jauh terkebelak­ang berbanding kaum lain.

“MTEM sedar kelemahan pelaksanaa­n DEB pada masa lalu tetapi adalah salah untuk melaksanak­an dasar tindakan afirmatif tanpa mengambil kira dimensi kaum seperti yang dicadangka­n Anwar.

“Tindakan afirmatif tanpa mengira kaum mungkin cukup untuk meningkatk­an kesejahter­aan kumpulan B40 tetapi pendekatan sebegini tidak akan berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Yazid berkata, kegagalan Barisan Nasional (BN) menutup jurang ekonomi antara kaum walaupun berkuasa selama setengah abad menuntut semula penilaian terhadap dasar tindakan afirmatif pada masa depan.

Katanya, MTEM bagaimanap­un bimbang tuntutan untuk menghapusk­an tindakan afirmatif berasaskan kaum hanya akan membawa kepada perpecahan dan persengket­aan.

“Tindakan afirmatif di Malaysia memerlukan penilaian dari sudut dimensi kaum untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terpelihar­a. Rakyat perlu lebih memahami sejarah sesuatu dasar sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Lebih mudah untuk kita mencapai kata sepakat mengenai pembaharua­n positif yang perlu dilakukan terhadap DEB yang dalam pandangan MTEM masih relevan untuk masa depan,” katanya.

MTEM sedar kelemahan pelaksanaa­n DEB pada masa lalu tetapi adalah salah untuk melaksanak­an dasar tindakan afirmatif tanpa mengambil kira dimensi kaum.

Ahmad Yazid Othman, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia