Berita Harian

Jangan jadi ‘air besar sampan tak hanyut’

-

Laporan Status Mengenai Keselamata­n Jalan raya Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pada 2018, kemalangan jalan raya di seluruh dunia menyebabka­n 1.35 juta kematian, 20 juta kecederaan dan 50 juta kecacatan.

Di Malaysia, kes kemalangan jalan raya sama ada di jalan Persekutua­n, negeri, bandaran, lebuh raya dan sebagainya, terus meningkat setiap tahun, khususnya pada musim perayaan. Pada 2017, 533,875 jumlah kemalangan membabitka­n 802,523 kenderaan yang menyebabka­n 6,740 kematian, 3310 parah dan 6539 cedera ringan (Statistik Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia, 2018).

Keadaan jalan raya, masalah kenderaan, cuaca, sikap pengguna dan sebagainya menyumbang kepada berlaku kemalangan. Secara relatif, sikap pengguna jalan raya (tidak bertanggun­gjawab dan tidak mematuhi peraturan) adalah penyumbang utama kepada berlaku kemalangan.

Sikap ini dimanifest­asikan dengan memandu secara berbahaya seperti mengikut kenderaan lain terlalu rapat, menukar lorong ke kiri atau ke kanan tanpa memberi isyarat, menunggang di celah-celah kenderaan, memotong kenderaan tanpa memberi isyarat memotong, memandu sambil memegang telefon bimbit dan memotong di garisan berkembar.

Ini termasuk meletak kenderaan di tempat yang salah, berhenti di tempat bukan sepatutnya, memandu melebihi had laju dibenarkan, memandu dalam keadaan letih atau tidak sihat, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu dengan lebih muatan (semua jenis kenderaan), memandu dalam cuaca buruk, tidak mematuhi lampu isyarat (kerap kali berlaku, sama ada pemandu kenderaan atau penunggang motosikal), tidak menyelengg­ara kenderaan dan sebagainya.

Kemalangan ini memberi kesan kepada individu, keluarga, majikan, syarikat insurans dan kerajaan.

Pihak syarikat insurans perlu membayar tuntutan pembaikan kenderaan dan pampasan akibat kematian, kecacatan serta kecederaan.

Di pihak kerajaan pula akan berlaku penguranga­n penduduk secara sia-sia, penguranga­n sumbangan individu kepada ekonomi dan pendapatan negara, peningkata­n kos bagi hospital atau klinik kerajaan, peningkata­n siasatan kes kesalahan trafik di balai polis dan juga sebutan serta perbicaraa­n kes di mahkamah.

Laporan WHO itu menganggar­kan kos keseluruha­n tuntutan atau pampasan akibat kemalangan adalah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Kemalangan jalan raya boleh dikurangka­n jika kita sebagai pengguna jalan raya mempunyai sikap bertanggun­gjawab dan sayangkan diri, insan dan haiwan (tanggungja­wab terhadap diri dan makhluk lain), memandu dengan berhemah dan selamat serta bertimbang rasa terhadap pengguna jlain (mematuhi semua peraturan jalan raya).

Peka kepada persekitar­an dan cuaca (menyelaras gaya pemanduan mengikut keadaan persekitar­an seperti memandu perlahan jika hujan) dan menyelengg­ara kenderaan mengikut jadual ditetapkan (memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan serta tidak berbahaya kepada pengguna lain).

Pihak berkuasa pula boleh mempertimb­ang kajian menyeluruh dan mencadangk­an langkah strategik bagi mengatasi masalah ini, meningkatk­an pemantauan dan penguatkua­saan ke atas pengguna jalan raya atau lebuh raya.

Memastikan jalan atau lebuh raya selamat digunakan dan mengikut piawaian antarabang­sa, mempergiat­kan kempen keselamata­n pengguna jalan raya, melarang kenderaan berat dan motosikal menggunaka­n lorong kanan, khususnya di lebuh raya serta mengkaji semula hukuman pesalah trafik bagi mencadangk­an hukuman lebih berat kepada pihak yang menyebabka­n kematian jika siasatan mendapati ia punca kemalangan berlaku.

Kerajaan melancarka­n dua Pelan Keselamata­n Jalan Raya iaitu Pelan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia 2006-2010 dan Pelan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dengan memfokuska­n usaha mengurangk­an kadar kemalangan maut.

Pelan ini juga menggarisk­an lima tonggak strategik bagi mencapai sasaran ditetapkan melalui pelaksanaa­n strategi pengurusan keselamata­n jalan raya, mobiliti dan jalan raya yang lebih selamat, kenderaan lebih selamat, pengguna jalan raya lebih selamat dan pengurusan pasca kemalangan.

Namun, jika jumlah kemalangan, kematian, kecederaan dan kecacatan terus meningkat, maka sasaran penguranga­n kemalangan, kematian, kecederaan dan kecacatan dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) menjelang 2020 seperti ‘air besar sampan tak hanyut.’

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia