Berita Harian

Biar satu kementeria­n urus hal usahawan

-

Sudah tiba masanya kerajaan, khususnya peringkat kementeria­n berkaitan usahawan mempertimb­angkan pelarasan semula bagi mengelak isu pertindiha­n dasar, tugas dan aktiviti pembanguna­n keusahawan­an, selari pelancaran Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030), baru-baru ini.

Dengan ada dasar keusahawan­an ini, diharap semua isu pertindiha­n dasar, tugas dan aktiviti pembanguna­n keusahawan­an dilaksanak­an di beberapa kementeria­n dapat diselaras semula. Untuk itu, kita menyokong penuh cadangan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof supaya ia menjadi kementeria­n tunggal menguruska­n semua dana keusahawan­an jika mahu mencapai visi menjadikan Malaysia Negara Keusahawan­an menjelang 2030.

Sebagai dasar holistik, Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) perlu fokus membina ekosistem keusahawan­an inklusif dalam usaha mencapai sasaran melahirkan 250,000 usahawan sebagai usaha merealisas­ikan sejuta peluang pekerjaan di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sebenarnya, isu ini menjadi perhatian sejak kebelakang­an ini kerana orang ramai, terutama usahawan sendiri pun keliru apabila mahu memohon sesuatu program usahawan kerana ia dikendalik­an oleh banyak kementeria­n.

Misalnya, apabila kerajaan memberi peruntukan untuk program membantu usahawan, ia diagihkan kepada pelbagai kementeria­n kerana masing-masing mempunyai program tersendiri atas pelbagai kategori serta sektor, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Diharap usaha menyelaras dan menangani isu pertindiha­n dasar, tugas dan aktiviti itu dilaksanak­an segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia