Berita Harian

Masih ramai ‘gedebe’ di Kelantan

- Penulis adalah Penulis Khas Berita Harian

Kejadian tetak hingga menyebabka­n kecederaan parah dan kematian bukan asing di Kelantan yang terkenal dengan sikap orangnya yang ‘gedebe’ sejak berzaman lagi.

Generasi dahulu mengenali Kelantan sebagai negeri kapak terbang. Jolokan itu mengingatk­an saya mengenai Geng Kapak dalam filem Kung Fu Hustle arahan dan lakonan Stephen Chow.

Terbaru, pada 28 Julai lalu, Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah, 66, parah ditetak dan dikelar dua lelaki pada pinggang dan kepala di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan baru keluar dari kedai makan dan berjalan seorang diri ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat Maghrib. Apa motif dua suspek yang masih bebas itu berbuat demikian sama ada berpunca daripada dendam atau sebagainya, masih belum diketahui.

Yang pasti kejadian itu menjadi buah mulut di Kelantan, lebih-lebih lagi ia membabitka­n orang ternama di negeri itu. Apa pun, kejadian itu mengingatk­an saya mengenai kes pembunuhan yang berlaku di Kelantan pada 3 Julai 1967 membabitka­n Ahli Parlimen Pasir Mas Hulu, Abdul Samad Gul Ahmad Mianji.

Ketika itu, Pasir Mas mempunyai dua kawasan Parlimen, iaitu Pasir Mas Hulu dan Pasir Mas Hilir.

Abdul Samad Gul yang terkenal dengan kepetahan berpidato dan hampir tiada tandingan ketika itu ditetak dengan kapak kecil pada bahagian telinga dan tengkuk sehingga maut.

Ketika kejadian, Abdul Samad Gul digambarka­n sebagai seorang yang tampan, dikatakan keluar dari Pejabat Perhubunga­n PAS Kelantan di Jalan Datuk Pati, Kota Bharu, selepas menghadiri perjumpaan sempena Maulud Nabi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS dan Ahli Jawatankua­sa PAS Pusat ditetak ketika berjalan seorang diri menuju ke kereta Mercedes Benz miliknya pada jam 12.15 tengah malam. Laporan rasmi hospital memaklumka­n kematianny­a berpunca daripada kecederaan otak.

Pembunuhan Abdul Samad Gul ini disiarkan dalam Berita Harian pada 4 Julai 1967 dengan tajuk ‘Ahli Parlimen PAS mati lepas ditetak, korban serangan kapak kecil’.

Dalam inkuiri awal di Mahkamah Majistret, seorang anggota polis, Kuan Khek Nong, memberitah­u Majistret Abu Mansor Ali pada malam kejadian, dia melihat seorang lelaki berlari ke arah belakang Jalan Hulu Pasar.

Khek Nong yang curiga mengejar lelaki itu dengan basikal.

“Saya memotong jalan dengan basikal ke Jalan Che Su, ke Jalan Temenggong dengan harapan memberkas orang itu, tetapi tidak dapat melihatnya lagi,” katanya.

Khek Nong kemudian membuat keputusan kembali ke Jalan Hulu Pasar untuk menyiasat dan menemui Allahyarha­m berdekatan keretanya.

Selepas membawa Abdul Samad Gul ke hospital, Khek Nong kembali ke tempat kejadian dan memeriksa kawasan sekitar Jalan Hulu Pasar, tetapi tiada apa-apa ditemui.

Bagaimanap­un, apabila memeriksa lorong belakang, Khek Nong menemui sebilah kapak kecil di atas peti ikan. Beliau memberitah­u mahkamah yang dia melihat darah dan beberapa helai rambut pada kapak kecil itu.

Pada jam 4.40 pagi, 4 Julai 1967 pihak polis menahan seorang penarik beca berusia 30 tahun berasal dari Sungai Golok, Thailand di Rantau Panjang.

Kejadian menimpa Kamaruddin dan Abdul Samad Gul adalah sebahagian tragedi kisah tetak di negeri itu. Banyak lagi kes, termasuk membabitka­n penggunaan pistol sehingga menakutkan masyarakat.

Saya percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak secepat mungkin bagi menangkap suspek yang menetak Kamaruddin dan membawanya ke muka pengadilan. Tindakan segera dan hukuman berat boleh menakutkan penjenayah yang mahu melakukan perkara sebegitu.

Kita tidak mahu satu lagi kejadian membabitka­n kehilangan nyawa seperti menimpa Abdul Samad Gul berulang. Kerajaan negeri juga boleh membantu polis mengurangk­an kes jenayah menerusi inisiatif tambahan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar negeri itu.

Penggunaan CCTV boleh membantu polis mengesan pelaku jenayah terbabit. Apa yang penting, kita tidak mahu keganasan ala Kung Fu Hustle terus berleluasa di Kelantan.

Kerajaan negeri juga boleh membantu polis mengurangk­an kes jenayah menerusi inisiatif tambahan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar negeri itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia