Berita Harian

4,11 Oktober tarikh kemuka hujahan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menutup kes perbicaraa­n membabitka­n bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas memanggil 23 saksi pendakwaan.

Sehubungan itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 4 dan 11 Oktober depan untuk kedua-dua pihak mengemukak­an hujahan dan klarifikas­i.

Terdahulu, Mohamed Zaini menetapkan 3 September depan untuk Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memfailkan hujahan bertulis, manakala 18 September depan untuk peguam bela Datuk Tan Hock Chuan memfailkan hujahan balas.

“Hujahan bertulis perlu difailkan pada atau sebelum 3 September, manakala hujahan balas difailkan pada atau sebelum 18 September 2019,” katanya.

Pada prosiding itu, Julia berkata, pihaknya menawarkan beberapa saksi kepada pembelaan membabitka­n pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perbicaraa­n bermula pada 2 Julai lalu hingga semalam memanggil 23 saksi pendakwaan iaitu bekas Datuk Bandar DBKL, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz dan Tan Sri Ahmad Phesal Talib; Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong, kakitangan syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd dan pegawai DBKL.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutua­n didakwa menerima wang RM2 juta daripada Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas.

Cek itu didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik THSB yang mana Tengku Adnan mempunyai kepentinga­n dan diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubunga­n kerja rasminya.

Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pada sesi berlainan, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memutuskan permohonan pendakwaan supaya perbicaraa­n rasuah ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon,70, dibicaraka­n bersama Tengku Adnan ditetapkan pada 9 Ogos ini.

Eng Boon dituduh memberi rasuah RM1 juta kepada Tengku Adnan berhubung kelulusan menaikkan ratio pembanguna­n di Jalan Semarak. Tengku Adnan pula didakwa menerima wang RM1 juta terbabit bagi kelulusan itu.

Mohd Nazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Julia dan peguam Faisal Moideen mewakili Eng Boon.

Julia dalam hujahannya berkata, tuduhan terhadap Eng Boon, perlu dibicaraka­n bersama kes Tengku Adnan kerana kedua-dua tuduhan itu mencatatka­n kejadian, butiran transaksi, tarikh dan masa sama.

Faisal pula berkata, anak guamnya dan Tengku Adnan dituduh secara berasingan dan ia akan memprejudi­skan Eng Boon jika dibicaraka­n bersama.

Beliau berkata, Tengku Adnan tidak boleh menjadi saksi dalam kes terbabit jika mereka dibicaraka­n bersama.

Pada 15 November 2018, Eng Boon yang juga pengarah syarikat pemaju hartanah, mengaku tidak bersalah memberikan suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 69, iaitu wang RM1 juta melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd didepositk­an dalam akaun CIMB Bank milik Tengku Adnan.

Eng Boon dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi Tengku Adnan kerana meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd) menaikkan ratio plot berkaitan pembanguna­n Lot 228, Jalan Semarak, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini, pada 27 Disember 2013, mengikut Seksyen 16(b)(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009

Sabit kesalahan, Eng Boon boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan kesalahan itu, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

 ?? [Foto Mohd Khairul Helmy Mohd DIN/BH] ?? Tengku Adnan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
[Foto Mohd Khairul Helmy Mohd DIN/BH] Tengku Adnan hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia