Berita Harian

Myrumah di Komtar JBCC

Pameran bermula 16 hingga 18 Ogos tawar 3,397 unit kediaman bernilai RM2.2B

- Farid_noh@bh.com.my

Johor Bahru: Pameran hartanah, Myrumah 2019 anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) akan berlangsun­g di pusat beli-belah ikonik, Komtar JBCC, bermula 16 hingga 18 Ogos ini.

Siri jelajah ketiga pameran hartanah dengan kerjasama Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menawarkan lebih 3,397 unit kediaman dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Pengurus Besar Pengiklana­n, Agensi dan Korporat NSTP, Roche Chew, berkata objektif Myrumah adalah untuk membantu dan mendidik pembaca membuat keputusan paling penting dalam hidup mereka iaitu membeli hartanah untuk dijadikan rumah.

“Siri ketiga pameran Myrumah ini menawarkan pelbagai jenis hartanah termasuk kediaman dengan hartanah dan lot rumah kedai daripada tujuh pemaju hartanah utama.

“Melalui konsep 4E yang diketengah­kan, kita cuba membawa pembeli pelbagai maklumat berkaitan hartanah, tips pelaburan oleh pakar hartanah terkenal, pinjaman perumahan serta pendidikan interaktif sekali gus memudahkan pembaca atau pembeli membuat keputusan membeli rumah kediaman mereka,” katanya pada prapelanca­ran siri ketiga Pameran Hartanah Myrumah 2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengiklana­n Wilayah dna Usahawan Kecil dan Sederhana (SME) NSTP, S Linggaraj.

Siri ketiga pameran hartanah Myrumah Komtar JBCC itu akan berlangsun­g bermula jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Ia bakal disertai tujuh pemaju iaitu Bukit Pelali (Astaka Padu Sdn Bhd), Dynasty View Sdn Bhd, Guoco Land (Malaysia) Berhad, Johor Land Berhad, KPKT serta Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan UDA Land (South) Sdn Bhd.

Ia turut disertai MBSB Bank Berhad, Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd dan Takaful Iklas Bhd.

Pameran dijangka dirasmikan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Sementara itu, Chew berkata, pihaknya berharap pengunjung di Johor tidak melepaskan peluang serta meluangkan masa mengikuti pameran berkenaan, sekali gus mengintai potensi hartanah di selatan tanah air yang pesat berkembang.

“Malah, pembeli rumah di pameran hartanah Myrumah berpeluang menyertai pertanding­an cabutan bertuah utama sebuah kereta Nissan Almera,” katanya.

Terdahulu, siri pertama Myrumah yang dianjurkan di pusat beli-belah Mytown, Kuala Lumpur, pada Mac lalu dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Selepas Johor Bahru siri jelajah pameran hartanah Myrumah 2019 akan berlangsun­g di Pulau Pinang dan Shah Alam.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Chew bersama pempamer pada sidang media Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Johor Bahru, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Chew bersama pempamer pada sidang media Pameran Hartanah Myrumah 2019 di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia