Berita Harian

Kerajaan sasar RM30J hasil padi pulut Langkawi

-

Langkawi: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarka­n projek penanaman padi pulut berskala besar di pulau ini yang dilancarka­n semalam mampu memberi perolehan RM30 juta dalam tempoh tiga tahun pelaksanaa­nnya.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata bagi mencapai sasaran itu benih padi pulut Siding yang dihasilkan MARDI sudah disemai di 38.963 hektar daripada 2,038 hektar sawah yang bakal terbabit dalam projek itu.

“Benih padi pulut Siding yang ditanam petani dalam projek perintis ini dijangka dapat dituai pada November ini.

“Kejayaan projek ini pasti dapat membantu negara mengurangk­an kebergantu­ngan (kepada) beras pulut dari negara jiran yang mencecah nilai import RM30 juta setahun,” katanya selepas majlis pelancaran Projek Perintis Padi Pulut di Kampung Ayer Hangat di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkut­an dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin; Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Azulita Salim.

Pelaksanaa­n projek itu adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi, pada Jun lalu bagi membolehka­n pulau itu menjadi pengeluar utama beras pulut.

Beliau berkata, projek itu dilaksanak­an secara pakej iaitu pemilihan benih, kerja pembajakan, pengairan, penanaman, pengawalan makhluk perosak, penuaian, pengilanga­n dan pembungkus­an.

“Bagi memastikan projek ini berjaya, kementeria­n dan agensi terbabit akan turut memberi tumpuan membabitka­n semua pakej seperti permintaan peserta supaya tanah diratakan, kolam takungan dibina di beberapa lokasi,” katanya.

Bagi mencapai sasaran itu benih padi pulut Siding yang dihasilkan MARDI sudah disemai di 38.963 hektar daripada 2,038 hektar sawah yang bakal terbabit dalam projek itu.

Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia