Berita Harian

Redzuan mahu bertanding

Belum sedia rebut jawatan lebih tinggi pada pemilihan 2020

- Bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahka­n mahu bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu tahun depan.

Redzuan berkata, beliau sedia memikul tanggungja­wab mengisi jawatan itu dan sedang berusaha keras meraih sokongan akar umbi sebelum pemilihan parti akan datang.

Beliau yang sebelum ini dikatakan mahu merebut jawatan Presiden BERSATU, kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan belum bersedia merebut jawatan lebih tinggi daripada naib presiden.

“Jika ada sokongan yang mencukupi daripada akar umbi untuk saya menyandang jawatan naib presiden, saya sedia menyahut cabaran itu.

“Saya tidak akan pergi lebih tinggi daripada itu dalam masa terdekat memandangk­an jawatan yang saya ada ketika ini (dalam parti dan kerajaan) sudah memadai.

“Namun, jika lima tahun akan datang, ceritanya mungkin berbeza,” katanya pada temu bual eksklusif bersama wartawan BH dan NST di sini, baru-baru ini.

Pada 20 Julai lalu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, pemilihan parti itu boleh ditangguhk­an hingga Jun tahun depan selepas ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Khas BERSATU.

Ketika ini, hanya dua pemimpin mengisi jawatan Naib Presiden BERSATU, iaitu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Rashid Ansari.

Ia susulan tindakan bekas Naib Presiden BERSATU, Datuk Hamidah Osman yang meletak jawatan dan keluar parti pada 16 September 2017.

Ditanya sama ada beliau memiliki sokongan mencukupi ketika ini, Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan mengakui, masih perlu bekerja keras untuk meraih keyakinan akar umbi BERSATU, khususnya di Melaka.

“Sokongan ini datang daripada apa yang saya sudah laksanakan. Buat masa ini, saya kena bekerja keras lagi jika saya mahu pergi lebih jauh (dalam hierarki pimpinan parti).

“Saya tak perlu kejar kedudukan politik, tapi menyelesai­kan tugas yang diamanahka­n dan jika berjaya, sokongan akan datang sendiri,” katanya.

Mohd Redzuan juga tidak khuatir dengan persaingan yang bakal dihadapi, malah menjangkak­annya memandangk­an BERSATU adalah parti baharu.

“Jika tidak bertanding, saya yakin akan tetap dipilih mengisi jawatan lantikan, tetapi ketika ini, saya mahu bertanding jawatan Naib Presiden,” katanya.

Jika ada sokongan mencukupi daripada akar umbi untuk saya menyandang jawatan naib presiden, saya sedia menyahut cabaran itu.

 ??  ?? Mohd Redzuan Md Yusof,
Mohd Redzuan Md Yusof,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia