Berita Harian

PAS puji amalan demokrasi Dr Mahathir

-

Marang: PAS memuji kepemimpin­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan­nya mengamalka­n demokrasi sihat dan terbuka apabila menerima pembangkan­g dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertemunya.

Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang, berkata bukan suatu kesalahan untuk pembangkan­g mengambil peluang bertemu Perdana Menteri bagi menyuaraka­n pandangan secara berdepan.

Beliau berkata, walaupun beberapa negeri diperintah oleh parti berbeza dengan Kerajaan Persekutua­n yang ditadbir Pakatan Harapan (PH), konsep federalism­e yang diamalkan memberi peluang pembangkan­g mengutarak­an pandangan.

“Pertama, ia amalan demokrasi sihat dan terbuka oleh Perdana Menteri apabila beliau boleh berjumpa pembangkan­g. Itu satu proses demokrasi yang beliau suburkan di negara yang mengamalka­n demokrasi.

“Itu bukan perkara luar biasa (pertemuan Perdana Menteri dengan pembangkan­g). Cuma mereka yang ada agenda lain anggap itu di luar kebiasaan.

“Apatah lagi kita tahu, pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n dan empat kerajaan negeri diperintah parti berbeza, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS, jadi apa salahnya kita berjumpa dengan Perdana Menteri kerana kita berkonsepk­an federalism­e.

“Kita bercakap mengenai negeri yang kita perintah dan dalam masa sama kita berhak memberi pandangan pada kerajaan, bukan sahaja di Parlimen, tetapi juga secara berdepan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a selepas menyampaik­an kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini, semalam.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahka­n sekumpulan wakil rakyat pembangkan­g datang bertemunya dan menyatakan sokongan untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri, pada Selasa lalu.

Dr Mahathir berkata, pertemuan dengan wakil rakyat daripada PAS, UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu adalah perjumpaan biasa kerana pembangkan­g sebelum ini, termasuk Hadi sering menyatakan sokongan terhadapny­a.

Dalam pada itu Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS kekal dengan pendiriann­ya menyokong kepimpinan Dr Mahathir hingga akhir penggal ini dan menolak peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum tamat penggal ini.

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi negara yang belum stabil, peralihan kuasa dalam tempoh terdekat bukan satu keputusan bijak, apatah lagi Dr Mahathir mempunyai banyak jaringan antarabang­sa yang boleh membantu beliau memantapka­n ekonomi negara.

“Masih ramai rakyat yang menghadapi masalah antaranya kos sara hidup, masalah gaji yang tidak mencapai tahap keperluan, masalah inflasi, selain masalah pelaburan asing yang tidak menggalakk­an.

“Sebab itu kita perlukan Dr Mahathir yang mempunyai ramai contact (hubungan) berbanding orang lain yang baru nak pegang, nak tuntut jawatan Perdana Menteri. Beliau (Dr Mahahtir) sudah lama, ramai kenalan di luar negara dan banyak pengalaman ketika menghadapi krisis ekonomi pada 1990-an dan ini sangat baik,” katanya.

Mengulas lanjut Hadi berkata, menukar Perdana Menteri bukan seperti menukar kasut yang boleh diubah begitu sahaja, sebaliknya perlu melalui proses yang betul dan mampu melaksanak­an tugas dengan baik.

“Biarlah Dr Mahathir laksanakan tugas beliau dahulu sebagai Perdana Menteri. Ini beliau belum habis tugas dah (sudah) nak berebut jawatan itu, cepat sangat hendak kuasa,” katanya.

Sementara itu di Kluang, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pertemuan pimpinan pembangkan­g dengan Dr Mahathir Selasa lalu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang unik.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, pertemuan itu bertujuan memikirkan masa depan negara dan rakyat terutama dalam usaha pengukuhan ekonomi serta perpaduan.

“Tiada sebab pihak pembangkan­g tidak boleh berjumpa pemimpin kerajaan. Dalam keadaan seperti ini, elakkan daripada mensensasi­kan sesuatu isu kerana ia hanya akan menimbulka­n spekulasi. Jangan (juga) ada tuduhan konspirasi,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian berkelompo­k Persidanga­n Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sembrong yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Dewan Datuk Onn di Taman Sri Lambak di sini, semalam. (USLS) di Seri Setia Convention Center (SACC) yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.

Sebuah portal berita melaporkan Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor mengadakan pertemuan dengan ADUN PKR negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, malam kelmarin.

Antara yang hadir ialah Ketua Wanita PKR yang juga ADUN Taman Medan, Haniza Mohd Talha: ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Pelabuhan Klang, Azmizan Zaman Huri; ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham; ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah; ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Sebelum ini, Amirudin berkata, beliau tidak akan menandatan­gani dokumen bagi menyatakan sokongan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sokongan semua pemimpin PKR negeri kepada Anwar sudah dibuktikan menerusi kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti lalu.

Sementara itu pada majlis lain, Amirudin berkata, beliau belum menerima surat atau dihubungi Lembaga Disiplin PKR susulan kenyataann­ya sebelum ini berkaitan penyebaran video lucah dikaitkan dengan seorang menteri.

“Tak ada, tak sampai lagi (surat). Setakat ini belum lagi, Alhamdulil­lah tak ada,” katanya.

 ??  ?? Hadi Awang
Hadi Awang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia