Berita Harian

‘Biar anak saya mangsa terakhir’

Peristiwa tembakan tinggal kesan mendalam terhadap isteri mangsa

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah, Suzianah Jiffar dan Poliana Ronnie Sidom Sandakan: “Biarlah anak saya mangsa terakhir,” kata Zuana Laudiato, 54, ibu kepada Jari Abdullah, nelayan yang mati terkena tembakan ketika kumpulan menculikny­a bertempur dengan pasukan keselamata­n Filipina pada April lalu.

Mengakui hilang tempat bergantung selepas kematian anak sulungnya itu, Zuana berkata, peristiwa itu meninggalk­an kesan mendalam terhadapny­a serta isteri Jari, Nadin Junianti Najiri, 25, dan tiga anak pasangan itu.

Selepas Jari diculik Disember lalu, dia terpaksa mengambil upah mencuci kain di bandar ini dengan pendapatan RM30 sehari untuk menyara kehidupann­ya, menantu dan tiga anak Jari, Jafran Abdullah berusia setahun; Jefriadin Najun, 5, dan Janneyanti, 7.

“Ibu mana tidak sedih apabila anak tidak pulang dari laut, diculik. Empat bulan kami tunggu dia pulang dengan selamat, namun cuma jasadnya dihantar pulang. Sekarang saya terpaksa ambil alih tanggungja­wabnya.

“Nadin tidak dapat bekerja kerana perlu jaga anaknya yang masih kecil,” katanya.

Jari, 34, diculik pada 6 Disember lalu bersama dua rakannya warganegar­a Indonesia, Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, ketika menangkap ikan di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an.

Pada 4 April lalu, Jari dilaporkan maut akibat cedera parah selepas terkena tembakan pada dada dan kepala ketika menyelamat­kan diri daripada kumpulan Abu Sayyaf dalam pertempura­n dengan pasukan keselamata­n Filipina di Pulau Simusa, Sulu.

Sementara itu, Nadin berkata, biarpun ramai bersimpati dengan nasib keluargany­a selepas kematian Jari, hidup mereka tetap ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan dia tidak mampu menyediaka­n keperluan anaknya kerana tidak bekerja.

“Sampai sekarang, anak-anak selalu tanya mengenai bapa mereka. Ia menambahka­n kesedihan saya, namun apa boleh buat, mungkin sudah takdir kami begini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar fail Zuana dan Nadin melihat foto Jari yang ditembak mati kumpulan penculik.
Gambar fail Zuana dan Nadin melihat foto Jari yang ditembak mati kumpulan penculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia