Berita Harian

Tiada tindakan basmi aktiviti bom ikan

-

Kota Kinabalu: Sekumpulan tiga pemancing mendakwa tiada tindakan daripada pihak berkuasa walaupun sudah melaporkan satu kejadian bom ikan di perairan Teluk Karambunai, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Yusri Ismail, 34, berkata dia bersama dua adiknya keluar ke laut pada 30 Julai lalu, untuk memancing di kedudukan kira-kira lima kilometer dari pesisir pantai berhampira­n Pusat Peranginan Karambunai Resort dan Rasa Ria.

Bagaimanap­un, katanya, mereka menyedari terdapat aktiviti pengeboman ikan itu selepas terasa tekanan letupan di dasar laut, kira-kira jam 8.30 pagi.

“Kami segera menghantar isyarat kecemasan menerusi aplikasi K3M sebelum menerima panggilan daripada pasukan K3M.

Saya kemudian memaklumka­n mereka mengenai aktiviti pengeboman ikan.

“Bagaimanap­un, pemanggil memberitah­u mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana berada di Lumut, Perak. Saya kemudian diberikan nombor untuk pasukan Kota Kinabalu dan saya terus menghubung­inya untuk memaklumka­n kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Yusri berkata, walaupun berada di kedudukan sama hampir tiga jam, tiada pihak berkuasa yang meronda atau hadir membuat pemeriksaa­n di kawasan itu.

Katanya, jarak antara mereka dengan bot pengeboman ikan itu adalah kurang dari tiga kilometer.

“Malah ketika kejadian, kami melihat dua bot pengeboman ikan dan burung terbang di atas permukaan air kira-kira 15 minit selepas letupan itu.

“Kami kemudian terserempa­k dengan sebuah bot nelayan. Kami bertanya mengenai letupan itu dan nelayan memberitah­u kami aktiviti pengeboman ikan berlaku di perairan Karambunai sehingga Kota Belud hampir setiap minggu,” katanya.

Muhammad Yusri berkata, mereka bimbang mendekati kawasan pengeboman ikan kerana memikirkan keselamata­n diri sendiri.

Pada 5 Julai lalu, tiga penyelam skuba iaitu Ab Zainal Abdun dan dua pelancong China Zhao Zhong serta Xu Yingjie terbunuh akibat letupan bom ikan ketika menyelam di Pulau Kulapuan, Semporna.

 ??  ?? Paparan radar menunjukka­n jarak bot pemancing dan bot aktiviti pengeboman ikan di perairan berhampira­n teluk Karambunai.
Paparan radar menunjukka­n jarak bot pemancing dan bot aktiviti pengeboman ikan di perairan berhampira­n teluk Karambunai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia