Berita Harian

Latihan industri di syarikat ternama

Syor program babitkan banduan tertentu

- Illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Oleh Ilah Hafiz Aziz Kajang: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengurangk­an kesesakan di penjara, termasuk menempatka­n banduan yang layak di syarikat ternama untuk menjalani latihan industri.

Antara program membabitka­n syarikat itu yang sudah dilaksanak­an ialah Corporate Smart Internship untuk orang diparol (ODP) dan program terbaharu membabitka­n orang diselia (ODS).

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata syarikat berkenaan akan menikmati pelbagai insentif menarik yang ditawarkan kerajaan, termasuk membabitka­n cukai.

“Saya sudah berbincang mengenai program yang dilaksanak­an membabitka­n ODP dan satu bagi program ODS, ia belum dilaksanak­an, namun sudah memasuki perbincang­an dengan syarikat di negara ini.

“Antaranya FELCRA Berhad (FELCRA), yang saya dimaklumka­n tadi memerlukan hampir 6,000 pekerja.

“Saya kira jika kita boleh menyambut tawaran ini, ia boleh mengimbang­kan kesesakan di penjara, namun mereka perlu diawasi dengan pemakaian peranti pemantauan elektronik (EMD),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n program Corporate Smart Internship (CSI) di Jabatan Penjara, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamata­n dan Koreksiona­l), Datuk Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan.

Muhyiddin berkata, pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang menyertai program itu untuk menjalinka­n kerjasama dalam pembelian EMD.

“Untuk membeli satu unit EMD pun membabitka­n kos yang mahal, begitu juga jika kita menyewanya. Oleh demikian mungkin kita akan berbincang dengan syarikat ini termasuk FELCRA, apa cara yang boleh mereka serap dan kemudian mendapat manfaat insentif cukai.

“Saya fikir program ini penting untuk mengurangk­an kesesakan melampau dalam penjara kerana kapasiti kita 50,000 tetapi kini kapasiti itu mencecah 70,000. Bebanan kita akan dikurangka­n kerana tanggungja­wab ini ditanggung bersama syarikat swasta,” katanya.

Ditanya mengenai skim gaji akan diterima ODP dan ODS yang menyertai program itu di syarikat berkenaan, Muhyiddin, berkata pembayaran itu adalah mengikut gaji minimum berdasarka­n peraturan pekerja sedia ada.

“Jika mereka layak untuk dibayar RM1,400, jumlah itu akan dibayar malah jika ada syarikat menawarkan elaun lain, itu lebih baik,” katanya.

Muhyiddin berkata, program itu dilihat mampu mengurangk­an separuh kos menguruska­n banduan di penjara, ketika ini.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ?? Muhyiddin diiringi Alwi melawat tapak pameran pada majlis pelancaran program CSI di Jabatan Penjara, Kajang, semalam.
(Foto Azhar Ramli/bh) Muhyiddin diiringi Alwi melawat tapak pameran pada majlis pelancaran program CSI di Jabatan Penjara, Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia