Berita Harian

Polis siasat kesalahan mencuri

-

Bachok: Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri susulan tindakan orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superinten­dan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori berkenaan, Mohd Baihaqi Azizan, 25.

“Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa sebagai pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu berkenaan.

“Bagaimanap­un, pemilik treler tidak pernah memberi kebenaran seperti itu.

“Pengadu sudah membuat laporan polis petang kelmarin (Khamis) berhubung kemalangan dan kehilangan susu. Susulan itu, kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian Rabu lalu, tular satu rakaman video berdurasi 34 saat memaparkan penduduk mengutip susu daripada treler yang terbalik selepas terbabit kemalangan di Bachok.

Akhbar melaporkan pemilik treler terbabit tidak pernah memberi kebenaran susu itu diambil dan merayu orang ramai memulangka­n kembali kerana dia bakal berdepan kerugian RM120,000.

Dipercayai selepas itu, ada dalam kalangan orang ramai menghantar kembali susu itu di lokasi kemalangan dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Sementara itu, Azizan berkata, dia runsing memikirkan cara mahu membayar ganti rugi susu dan kos membaiki lori.

Bagaimanap­un, katanya, dia belum berbincang dengan pemilik barangan susu.

Katanya, sehingga kini, dia masih berharap orang ramai terus menghantar semula susu yang

Timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa sebagai pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu berkenaan.

Nik Aminuddin Raja Abdullah, Ketua Polis Daerah Bachok

mereka kutip selepas lori yang dipandu anaknya itu terbalik.

“Setakat hari ini, saya terima lima karton dan beberapa guni berisi susu tin yang dihantar penduduk ke lokasi kemalangan dan dimaklumka­n polis ada terima 40 hingga 50 karton susu tin yang diserahkan ke balai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Haji Ali, di sini, semalam.

Mohd Baihaqi pula berkata, berikutan kejadian itu, dia cedera di paha kanan akibat tersepit dan pekerjanya dikenali sebagai Shafiq, 21, juga menerima lima jahitan di kepala.

 ?? [Foto Nor Amalina Alias/bh] ?? Mohd Baihaqi dan Azizan menunjukka­n susu yang dikembalik­an penduduk di Kampung Pengkalan Haji Ali, Bachok.
[Foto Nor Amalina Alias/bh] Mohd Baihaqi dan Azizan menunjukka­n susu yang dikembalik­an penduduk di Kampung Pengkalan Haji Ali, Bachok.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia