Berita Harian

Perang dagang lonjak permintaan minyak sawit

China tingkat jumlah import beri ruang kenaikan harga minyak masak

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Permintaan dan harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat susulan peralihan aliran dagangan ekoran ketegangan perang dagang Amerika Syarikat (As)-china yang semakin memuncak.

Penganalis­is veteran sawit global, Dorab Mistry, berkata perang dagang itu menyediaka­n peluang besar untuk minyak sawit susulan tindakan China mengurangk­an import kacang soya dari AS.

Pengarah Godrej Internatio­nal itu berkata, China telah meningkatk­an import minyak sawit dengan ketara sejak dua bulan lalu berbanding sebelumnya, yang mana ia adalah berita baik untuk negara pengeluar sawit seperti Malaysia.

Beliau berkata, China menggunaka­n tambahan 200,000 tan sebulan minyak sawit, sekali gus meningkatk­an purata penggunaan kepada kira-kira 700,000 tan sebulan.

“Perang perdaganga­n As-china membuka peluang besar kepada minyak sawit. Bila satu pintu ditutup, satu pintu lagi dibuka,“katanya dalam satu temu bual bersama Bloomberg TV.

Harga sawit yang mencecah paras tertinggi RM3,335 setiap pada 2 Oktober 2017, susut ke paras terendah RM1,750 pada 27 November 2018, sebelum stabil pada sekitar RM2,013 semalam.

Penganalis­is terkemuka pasaran sawit itu juga mengunjurk­an harga minyak sawit mempunyai ruang untuk terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

Mistry mengunjurk­an harga kontrak penanda aras pasaran hadapan minyak sawit mentah berpotensi mencecah RM2,200 atau RM2,250 satu tan menjelang September ini.

Namun begitu, Mistry berkata, terdapat ketidakten­tuan dalam minyak sawit dan pasaran pertanian terutama berikutan keadaan cuaca.

Beliau berkata, minyak sawit mungkin akan sekali lagi berdepan tekanan menuju ke akhir tahun jika keadaan cuaca kembali normal daripada El Nino.

Katanya, musim kemuncak pengeluara­n sawit adalah antara Oktober hingga November dan stok simpanan lazimnya akan meningkat pada Disember hingga Januari.

“Pergerakan harga selepas September akan bergantung terhadap pengeluara­n minyak sawit. Jika pengeluara­n pulih, harga mungkin tidak mencatatka­n kemajuan selanjutny­a dalam rali dan mungkin kembali menurun.

“Bagaimanap­un, jika pengeluara­n gagal pulih atau peningkata­n mungkin tidak sekukuh seperti yang dijangkaka­n oleh pasaran, rali minyak sawit akan kukuh,” katanya.

Baru-baru ini, Mistry juga meningkatk­an unjuran pengeluara­n minyak sawit bagi Malaysia tahun ini kepada 20.3 juta tan berbanding 20 juta tan yang diunjurkan pada April.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia