Berita Harian

Penjawat awam boleh mohon pinjaman perumahan bersama

Bolehkan penjawat awam mohon pembiayaan skim perumahan bersama

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

China telah meningkatk­an import minyak sawit dengan ketara sejak dua bulan lalu berbanding sebelumnya, yang mana ia adalah berita baik untuk negara pengeluar sawit seperti Malaysia. Dorab Mistry, Penganalis­is veteran sawit global

Penjawat awam kini boleh memohon pembiayaan perumahan bersama dengan pasangan atau anak yang berkhidmat di sektor swasta melalui Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk tujuan itu, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) semalam menjalin kerjasama strategik dengan Bank Islam dan BSN dalam menawarkan pembiayaan skim perumahan bersama bagi penjawat awam.

Mengulas perkembang­an itu, Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Datuk Kamal Mohd Ali, berkata kerjasama itu membantu peminjam, terutama kakitangan awam memperoleh jumlah pembiayaan yang tinggi.

Katanya, sebagai contoh, sepasang suami isteri mahu membeli sebuah rumah berharga RM500,000, namun kelayakan pembiayaan LPPSA isteri hanya sehingga RM300,000.

“Jadi, suami yang bekerja di sektor swasta boleh memohon pembiayaan bersama dengan Bank Islam atau BSN yang akan menawarkan pembiayaan baki RM200,000 itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran sistem pengurusan pembiayaan (LMS) dan pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara LPPSA dengan Bank Islam dan BSN di Putrajaya, semalam.

Pada majlis MOU itu, LPPSA diwakili oleh Kamal, manakala Bank Islam oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohd Muazzam Mohamed dan BSN oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Yunos Abd Ghani.

Ia disaksikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir.

LMS adalah sistem yang telah dibangunka­n bagi memudahkan urusan pelanggan LPPSA untuk membuat permohonan pembiayaan perumahan secara atas talian.

Ia juga membolehka­n pelanggan menyemak maklumat pembiayaan, memuat turun penya

Pihak kami menyasarka­n untuk menyalurka­n pembiayaan sehingga RM12 bilion pada tahun ini.

ta tahunan, menyemak status baki, status bayaran pembiayaan dan perkhidmat­an lain.

Di bawah MOU itu, ia membolehka­n penjawat awam memohon pembiayaan daripada LPPSA serta Bank Islam atau BSN yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua bagi menyelesai­kan wang beza.

Dalam pada itu Kamal berkata pihaknya menyasarka­n untuk menyalurka­n pembiayaan sehingga RM12 bilion pada tahun ini.

Katanya, setakat ini, agensi itu telah menyalurka­n lebih RM6 bilion pembiayaan kepada lebih 20,000 penjawat awam.

“Setiap tahun, kita meluluskan hampir 40,000 permohonan pembiayaan daripada penjawat awam membabitka­n pembiayaan di antara RM10 bilion hingga RM12 bilion.

“Jumlah keseluruha­n pembiayaan yang telah disalurkan sehingga kini ialah sebanyak RM70 bilion membabitka­n hampir 800,000 atau separuh daripada 1.6 juta penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Mohd Muazzam berkata, Bank Islam menyasar untuk menyalurka­n pembiayaan perumahan berjumlah RM100 juta pada tahun ini dan RM250 juta pada tahun 2020 menerusi kerjasama dengan LPPSA ini.

Kamal Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA

 ??  ??
 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) ?? Amiruddin (tengah) bergambar bersama dari kiri, Mohd Muazzam, Kamal, Ahmad Badri dan Yunos pada pelancaran LMS dan pemeteraia­n MOU antara LPPSA dengan Bank Islam dan BSN di Putrajaya, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) Amiruddin (tengah) bergambar bersama dari kiri, Mohd Muazzam, Kamal, Ahmad Badri dan Yunos pada pelancaran LMS dan pemeteraia­n MOU antara LPPSA dengan Bank Islam dan BSN di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia