Berita Harian

APEC 2020 iktiraf Malaysia negara perdaganga­n signifikan

-

Penganjura­n Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) oleh Malaysia pada 2020 akan meletakkan Malaysia di jajaran yang betul sebagai sebuah negara perdaganga­n yang signifikan.

Ia juga berpotensi meluaskan lagi segmen perniagaan Malaysia sehingga merentasi sempadan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali, berkata sejak menjadi anggota pengasas APEC, blok itu banyak mengubah struktur, kawal selia, dasar dan corak keputusan Malaysia sehingga ia terbentuk menjadi seperti sekarang ini.

“Walaupun Malaysia juga menjadi anggota sidang kemuncak ekonomi, forum dan pertubuhan seperti Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) serta perjanjian perdaganga­n bebas yang lain, APEC memainkan antara peranan paling berpengaru­h ke atas Malaysia sehingga negara ini mula melaksanak­an dasar liberalisa­si dan mempunyai perdaganga­n serta pelaburan yang agak terbuka,” katanya kepada BERNAMA.

APEC yang terdiri daripada 21 negara, adalah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 bagi memanfaatk­an kebergantu­ngan yang semakin meningkat di kalangan negara Asia Pasifik.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kemakmuran dengan menggalakk­an keseimbang­an, inklusif, kelestaria­n, inovatif dan jaminan pertumbuha­n termasuk meningkatk­an lagi integrasi ekonomi serantau.

Forum perdaganga­n global yang terkemuka itu akan menyediaka­n banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkembang khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan mengambil bahagian dalam persediaan serta penganjura­n acara itu.

Katanya, ini sejajar unsur teras dan matlamat penganjura­n APEC 2020, iaitu ‘Perkongsia­n Kemakmuran’, ‘Hospitalit­i Malaysia’ dan ‘Malaysia Boleh’.

“Akan ada tender, sesi rangkaian, pekerjaan dan peluang lain yang menanti rakyat Malaysia, yang berhasrat untuk mempamerka­n kemahiran, kepakaran, teknologi, hospitalit­i dan makanan kepada 20 ekonomi yang mewakili kira-kira 80 peratus daripada urus niaga kita dan 74 peratus pelaburan langsung asing (FDI) negara.

“Sekarang ini kita sedang berurusan dengan pelbagai pihak bagi mempromosi­kan produk terbaik Malaysia untuk APEC 2020 merangkumi hasil tani Malaysia seperti durian, tembikai wangi, belimbing dan lain-lain buah tempatan,” kata Lokman.

Selain itu, sekretaria­t APEC 2020 juga berharap untuk mengemukak­an penceramah dan usahawan terbaik dunia seperti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Pengasas Bersama dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba Jack Ma untuk berkongsi pendapat mereka berhubung keusahawan­an dan arah aliran dalam teknologi serta ekonomi.

BERNAMA

Walaupun Malaysia jadi anggota sidang kemuncak, forum dan pertubuhan seperti WTO serta perjanjian perdaganga­n bebas lain, APEC mainkan peranan ke atas Malaysia.

Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia