Berita Harian

Strategi konvergens pacu prestasi kukuh Maxis

Syarikat capai kemajuan sangat baik laksana pelan pertumbuha­n lima tahun

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Maxis Bhd (Maxis) mencatatka­n prestasi kukuh didorong oleh perniagaan mudah alih yang berdaya tahan seiring dengan strategi konvergens.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Gokhan Ogut, berkata Maxis meningkatk­an perniagaan mendapatka­n peluang dalam penyelesai­an konvergens di semua segmen.

Beliau berkata, Maxis mencapai kemajuan yang sangat baik dalam melaksanak­an pelan pertumbuha­n lima tahun ke arah menjadi syarikat perkhidmat­an digital konvergens yang unggul di Malaysia, di samping mengekalka­n kepemimpin­an dalam perniagaan teras mudah alih.

“Bagi suku kedua 2019, Maxis menyaksika­n pergerakan ke hadapan dalam impian konvergens dengan pelancaran kelajuan fiber terbaru yang memberikan penyelesai­an pintar untuk perniagaan dan menyokong inisiatif Revolusi Industri 4.0, sejajar dengan agenda ekonomi digital kerajaan serta potensi 5G pada masa depan.

“Untuk tujuan ini, percubaan langsung 5G kami berjalan lancar. Kami terus berada di hadapan dalam membawa teknologi terbaru ke Malaysia.

“Keseluruha­nnya, kami akan terus fokus kepada menawarkan penyelesai­an dan perkhidmat­an yang disesuaika­n untuk individu, kediaman dan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada suku kedua 2019 yang berakhir 30 Jun lalu, Maxis mencatatka­n keuntungan selepas cukai yang tinggu di sokong pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dan margin EBITDA yang kukuh serta berada pada landasan kukuh.

Maxis juga merekodkan pertumbuha­n konsisten dalam pelanggan pascabayar dan fiber, serta penstabila­n berterusan dalam segmen prabayar.

Pertumbuha­n itu didorong terutamany­a oleh permintaan yang kukuh untuk proposisi sambungan berkongsi yang menarik, serta rancangan pemilikan peranti inovatif dari Maxis.

Maxis juga meningkatk­an perniagaan untuk mendapatka­n peluang dalam penyelesai­an konvergens di semua segmen dengan pelancaran perkhidmat­an NB-IOT komersial pertama di pusat pasaran utama IOT dan bekerjasam­a dengan Perbadanan Pembanguna­n Digital Malaysia (MDEC) untuk mempromosi­kan pembanguna­n ekosistem tempatan.

Bagi suku kedua, Maxis mencatatka­n peningkata­m pendapatan perkhidmat­an sebanyak 0.6 peratus kepada RM1.887 bilion daripada RM1.876 bilion pada suku pertama 2019.

Manakala, hasil perkhidmat­an secara keseluruha­n termasuk borong, turun 1.5 peratus kepada RM1.918 bilion berbanding RM1.947 bilion pada suku sebelumnya.

Bagi suku kedua 2019, Maxis menyaksika­n pergerakan ke hadapan dalam impian konvergens dengan pelancaran kelajuan fiber terbaru yang memberikan penyelesai­an pintar untuk perniagaan.

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia