Berita Harian

SUTL Global beli 51 peratus kepentinga­n Sportsland

-

SUTL Global Pte Ltd, anak syarikat milik penuh SUTL Sports Retailing Pte Ltd, memasuki lapangan runcit sukan Malaysia dengan pengambila­lihan 51 peratus kepentinga­n pengendali kedai Nike terbesar negara, Sportsland Sdn Bhd.

Pengerusi SUTL Global, Arthur Tay, berkata berikutan pengambila­lihan itu, Sportsland akan dinamakan semula sebagai SUTL Sportsland Sdn Bhd dan mengendali­kan kedai jenama Nike di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang, dengan kedai akan datang di Johor Bahru pada September tahun ini.

“Sebagai pemegang saham majoriti SUTL Sportsland, peruncitan SUTL Sports akan menyelaras­kan dan menyatukan pasukan kepemimpin­an berpusat di Singapura, yang akan bertanggun­gjawab untuk menjalanka­n keseluruha­n perniagaan kerjasama Nike kedua-dua negara.

“Ia disokong oleh pasukan pengendali tempatan yang berpangkal­an di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tay berkata, SUTL Global akan memperluas manfaat keahlian SUTL Life ke kedaikedai yang dikendalik­an oleh SUTL Sportsland di Malaysia, yang juga program berasaskan keahlian yang menawarkan pelanggan potongan harga barangan biasa dan membolehka­n mereka memperoleh mata ganjaran SUTL Life untuk mengimbang­i pembelian di masa hadapan.

“SUTL Global akan terus meneroka peluang untuk menambah nilai dan mengembang­kan portfolion­ya di Singapura, Malaysia dan juga pasaran baharu berpotensi.

“Kami berharap dapat mewujudkan jenama SUTL sebagai pengedar utama produk Nike dalam persekitar­an runcit dan gaya hidup global yang dinamik serta bermanfaat dan mencabar,” katanya.

 ??  ?? Arthur Tay
Arthur Tay

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia