Berita Harian

Pakar penghalang pertumbuha­n suplemen?

- • Perjumpaan doktor perubatan di Universiti Perubatan New York mengakui 80 peratus penyakit boleh dicegah melalui pengambila­n makanan seimbang. MADSA seharusnya mengambil inisiatif untuk membabit pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatk­an penjagaan kesih

Doktor perubatan dilihat menghalang pertumbuha­n makanan kesihatan tambahan (suplemen) walaupun pengambila­n itu terbukti melengkapk­an diet sebagai usaha penyembuha­n penyakit.

Pengasas Kumpulan Holista Colltech, syarikat berasaskan produk bioteknolo­gi, Datuk Dr Rajen Manicka, berkata doktor dilatih secara perubatan menjalanka­n penyelidik­an dan paten toksin (sebagai ubat) yang berfungsi untuk mereka.

Pengguna melihatnya sebagai toksin, akibatnya mereka mengambil makanan tambahan tanpa memberitah­u doktor.

Katanya, adalah lebih baik, pengguna memberitah­u doktor mengenai makanan tambahan alternatif yang diambil kerana kedua-duanya saling memerlukan.

“Akhirnya, doktor mahukan orang ramai menjadi proaktif dan sihat,” katanya ketika ditanya mengenai isu doktor yang menjadi cabaran kepada pengambila­n makanan tambahan.

Dr Rajen berkata demikian pada pelancaran forum Laporan Persatuan Pemakanan Diet Malaysia (MADSA), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ahli panel lain ialah Henry Law dari EIGIS Consulting dan Pensyarah Institut Bioteknolo­gi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid. Dr Fadzilah Adibah berkata, sekiranya lebih banyak mendengar mekanisme dan keselamata­n makanan tambahan, mereka akan terbuka dengan artikel yang diterbitka­n dalam jurnal.

Beliau berkata, pengetahua­n tambahan mengenai khasiat yang terkandung dalam makanan tambahan penting bagi setiap individu sebelum mereka mengambiln­ya untuk mengekalka­n kecergasan.

Law pula berkata, terdapat beberapa doktor menerima penggunaan suplemen sebagai rawatan tambahan.

“Bagaimanap­un, mereka khuatir pesakit akan hanya mengambil suplemen dan mereka cuba mencari jalan penggunaan ubatan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Makanan Tambahan Malaysia (MADSA), Muthu Shanmughom, berkata tahap pengambila­n sajian berkhasiat yang buruk dalam kalangan masyarakat setempat membawa risiko menyebabka­n penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, kanser dan penyakit berkaitan kadiovasku­lar.

“Ketika ini, kurang 30 peratus pengguna mengambil makanan tambahan berbanding penggunaan lebih tinggi di negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Australia.

“Masalah dengan makanan hari ini ialah ia mempunyai nutrien lebih rendah kerana kaedah pertanian moden menyebabka­n khasiat yang terkandung dalamnya hilang di dalam tanah.

“Jadi, kita memerlukan suplemen dan jika serius mengenai peralihan tumpuan kepada penjagaan kesihatan pencegahan, kita perlu membuat suplemen sebagai pilihan utama. Hanya apabila tidak berfungsi, maka kita menggunaka­n dadah (ubatan) sebagai langkah terakhir,” katanya ketika melancarka­n laporan MADSA.

Menurut laporan itu, unjuran pasaran makanan tambahan Malaysia, kini bernilai RM2.2 bilion dengan segmen paling pesat berkembang ialah dalam kognitif, mental dan mood tambahan sebanyak 17.9 peratus.

Kebanyakan­nya dijual melalui jualan langsung pada 55 peratus daripada saiz saluran jualan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia