Berita Harian

Aplikasi pantau kitaran haid

-

Wanita kini mempunyai rujukan tepat mengesan kitaran haid atau kesihatan feminin lain dengan hanya berpanduka­n aplikasi yang dimuat naik di telefon bimbit.

Maklumat mengenai kesuburan, aktiviti fizikal, gejala awal penyakit atau regim diet pemakanan boleh ‘diperiksa’ dari semasa ke semasa sekali gus menggalakk­an wanita mempunyai keseimbang­an gaya hidup, aktif dan berada di tahap kesihatan memuaskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivant, Adrit Raha, berkata aplikasi kesihatan di telefon bimbit yang dikenali Nyra kini dilengkapi perantaraa­n bahasa Melayu.

“Direka untuk memantau kesihatan feminin dan kesejahter­aan hidup hanya di hujung jari.

“Tidak hanya itu fungsi berbalas mesej iaitu in-app chat menghubung­kan pengguna dengan doktor berkaitan yang memberikan nasihat daripada sudut perubatan,” katanya.

Ciri tambah baik dan pilihan bahasa Melayu membantu wanita mengesan tahap kesuburan, program kecergasan bersesuaia­n, sekali gus mengekalka­n kesihatan diri optimum dan berkala.

“Ia juga penyelesai­an bagi memeriksa keadaan kesihatan dan memberi maklumat tepat mengenai rekod datang bulan, kesuburan, ovulasi, aktiviti fizikal, gejala dan diet.

“Daripada maklumat dimasukkan, Nyra memberikan pandangan kesihatan dan kesuburan yang diperincik­an secara peribadi,” katanya. Adrit berkata, ciri itu memberikan tata cara untuk merekodkan perjalanan kesihatan feminin termasuk memberikan panduan ketika hamil dan selepas bersalin.

“Melalui aplikasi ini kita melihatnya sebagai peluang memanfaatk­an potensi platform digital untuk mengubah kesihatan wanita di negara ini dan Asia.

“Nyra bertujuan memperkasa­kan wanita untuk memecahkan halangan bagi mengetahui aspek kesihatan feminin dan kesejahter­aan hidup,” katanya.

Pengarah Nyra Malaysia, Vishal Doshi, berkata Nyra adalah produk pertama dilancarka­n oleh Vivant di bawah jenama kesihatan wanita.

“Kita berharap diterima baik dan diperluask­an di rantau ini merentasi spektrum kesihatan wanita mengenai kehamilan, penjagaan berpantang dan memasuki semula tempat kerja.

“Kita melihat peluang luar biasa untuk pertumbuha­n di negara ini di mana pengguna mula beralih kepada saluran digital untuk menguruska­n aspek kehidupan harian mereka seperti perbankan dan membeli-belah,” katanya bagi meningkatk­an spektrum keupayaann­ya dalam pasaran ini sebagai tunjang e-kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia