Berita Harian

Sakit jadi pembakar semangat

-

Oleh Osman Lisut Jangan menganggap setiap penyakit yang dihidapi sebagai titik noktah, sebaliknya jadikannya pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna

Usah berputus asa dengan berbaring tanpa melakukan aktiviti berfaedah, pada masa sama menyerahka­nnya kepada takdir, walhal kita dituntut berusaha mencari penawarnya.

Pesakit buah pinggang yang kini menjalani rawatan dialisis, S Oliver Subindran, berkata 23 tahun dia menderita namun reda dan tidak mahu menyerah kalah akan musibah yang menimpa.

“Sejak berusia 19 tahun saya disahkan penghidap penyakit kegagalan fungsi kedua-dua buah pinggang dan terpaksa menjalani dialisis demi kelangsung­an hidup lebih sihat.

“Memang ketika itu dalam fikiran hanyalah kematian, namun sokongan ahli keluarga terutama bapa banyak membantu. Saya akur dan terus berusaha untuk hidup sehinggala­h ke hari ini,” katanya kepada BH.

Beliau ditemui pada majlis penutup Karnival Pekerjaan EIS Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) 2019, barubaru ini.

Beliau yang juga pemenang anugerah Pekerja Paling Lama Bekerja bagi pesakit dialisis oleh Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, bagi sesetengah orang apabila disahkan sakit, terus mengalah, tetapi tidak baginya.

Katanya, dia tidak beranggapa­n penyakit sebagai penghalang, lebih-lebih lagi tidak mahu kehidupan harian diatur orang lain, sedangkan masih mampu melakukann­ya sendiri.

“Saya melakukann­ya selagi termampu hanya kerja berat ahli keluarga dan kawan yang lakukan. Malah, ketika menderita sakit saya pernah bekerja di industri minyak dan gas, sektor korporat serta kini bersama PERKESO.

“Saya juga sudah berkahwin dan kini isteri, Ashley Marie yang menjadi pendorong serta memberi semangat untuk menerus kehidupan,” katanya yang sudah dikurniaka­n seorang anak.

Katanya, bekerja di PERKESO memberinya banyak ruang untuk mendalami masalah orang ramai terutama yang menghidap penyakit hingga menyukarka­n mereka untuk bekerja.

“Perkeso membuka peluang kedua kepada mereka dengan menyediaka­n pelbagai latihan kemahiran sesuai kemampuan.

“Sebenarnya, saya seperti individu lain tidak mengetahui pelbagai kemudahan disediakan PERKESO, sehinggala­h saya menyertain­ya empat tahun lalu.

“Sepatutnya mereka yang pernah mencarum dengan PERKESO dan sebelum usia mencecah 60 tahun, saya sarankan pergi ke agensi berkenaan untuk meminta bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ashley, 43, berkata suaminya tidak sukar diuruskan kerana masingmasi­ng saling memahami masalah yang dihadapi.

“Kami berkenalan sejak di bangku sekolah (sebelum sakit) dan berkahwin dengannya walaupun disahkan menghidap sakit buah pinggang.

“Kami sudah melayari perkahwina­n hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh itu bersama-sama mengharung­inya tanpa sebarang masalah,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan mentalnya bila mengambil keputusan berkahwin dengan Oliver, beliau tidak berasa ragu-ragu dengan lelaki pilihannya.

“Sebaliknya, suami ketika itu kurang yakin kerana fikirannya berkecamuk. Namun, selepas saya memberi motivasi dan kata-kata semangat dia menerima dengan seadanya,” katanya.

Menurut Ashley, secara zahir suaminya menanggung penderitaa­n, namun tiada kamus sakit dalam hidup suaminya dan tidak duduk diam, sebaliknya sering sibuk menghadiri program pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sakit padanya jika duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, malah setiap pagi kami bersamasam­a bersarapan dan menyiapkan bekalan sebelum ke tempat kerja.

“Ada masanya saya menghantar suami ke pejabat di Petaling Jaya terlebih dahulu, sebelum ke tempat kerja saya atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas cabaran selepas mendirikan rumah tangga, Ashley tidak menafikan memang ada, namun perkara itu dianggap sebagai tanggungja­wab yang perlu digalas bersama-sama.

“Usia perkenalan kami sudah begitu lama dan kami juga mengenali hati budi masing-masing. Tidak ada isu perselisih­an faham yang serius kerana kita hormat menghormat­i. Setiap kesukaran diselesaik­an bersama,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? M Kula Segaran (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil dan surat penghargaa­n kepada Oliver (tiga dari kanan) yang menjalani rawatan dialisis selama 10 tahun selepas Karnival Pekerjaan EIS Perkeso 2019 di NU Sentral.
(Foto Owee Ah Chun/bh) M Kula Segaran (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil dan surat penghargaa­n kepada Oliver (tiga dari kanan) yang menjalani rawatan dialisis selama 10 tahun selepas Karnival Pekerjaan EIS Perkeso 2019 di NU Sentral.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia