Berita Harian

Inspirasi baju kotak-kotak

-

Oleh Rozdan Mazalan

Sekali pandang ramai yang beranggapa­n, kemeja kotak-kotak atau flannel, baju yang kurang selesa dipakai, apatah lagi cuaca di negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Berdasarka­n fakta sejarah, flannel atau dikenali sebagai ‘boyfriend shirt’ atau ‘plaid shirt’ pada asalnya diperbuat daripada benang wool yang kasar untuk menahan pemakai daripada kesejukan.

Ia juga untuk menjaga anggota badan daripada terluka disebabkan terkena ranting kayu atau geseran batu ketika bekerja.

Kerana kemeja flannel digunakan oleh pekerja lelaki melakukan kerja kasar seperti pemotong balak, pemecah batu atau bungkah ais dan pengembala ternakan.

Kain flannel adalah salah satu kain tertua di dunia, kajian ini ditemui oleh pengkaji yang menemui salah satu kemeja flannel yang menggunaka­n kain wool di Turki.

Benang wool digunakan untuk membuat kemeja berkenaan dianggarka­n berusia 6,500 sebelum masihi (SM).

Begitupun tidak ramai berani mencuba bimbang tidak selesa kerana panas.

Bagi penggemar dan pengumpul kemeja flannel, Mohammad Shah Rizal Samzali, 38, berkata hatinya tergoda selepas melihat penyanyi antarabang­sa kegemarann­ya Kurt Corbain dari kumpulan alternatif, Nirvana yang gemar menyarung kemeja flannel baik di luar mahupun di pentas.

Katanya, Corbain kelihatan ‘rugged’ bersahaja dan kemas menyerlahk­an lagi sifat lelaki penyanyi yang popular menerusi lagu ‘smeels like teen spirit’ itu.

“Saya peminat muzik genre grunge sejak 1995 dan peminat fanatik kumpulan Nirvana. Saya tertarik dengan penampilan penyanyiny­a, Kurt Corbain yang gemar menyarung kemeja flannel.

“Dari situ saya cuba mencarinya dan kemeja flannel dan membelinya pada 1995 di Kompleks Teruntum, Kuantan Pahang dengan harga RM39.90. Kini banyak jenama dijual termasuk dari kedai terpakai,“katanya.

Evolusi industri tekstil, fungsi pemakaian kemeja flannel berubah dari tujuan asal untuk pekerja kasar sehingga menjadi pakaian harian atau acara yang santai.

“Memandangk­an pakaian ini semakin diminati di luar negara sejak berabad lamanya, ia kemudianny­a disesuaika­n dengan cuaca setiap negara.

“Selain menggunaka­n kain wool, ada negara yang menggunaka­n kain kapas dan rayon yang dicampur beberapa material lain untuk kesesuaian dan keselesaan pemakai,“katanya yang memiliki lebih 100 kemeja corak itu.

“Namun sehingga sekarang kemeja ini menjadi ikutan dan memasuki negara ini.

“Saya banyak berkongsi maklumat di dalam instagram, blackbeard_apparels dengan gaya selebriti terkenal dunia yang memakainya,” katanya menjelaska­n trend ini tidak lapuk ditelan zaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia