Berita Harian

Gimnasium kecantikan

-

Memanjakan diri bukan sahaja terhad di pusat urut atau spa kecantikan, tetapi memilih gimnasium untuk bersenam, membentuk tubuh dan mendapatka­n bimbingan jurulatih kecergasan bertauliah demi mencapai berat impian.

Aktiviti bersenam di pusat kecergasan elit menjadi sebahagian gaya hidup penghuni bandar sekali gus memperliha­tkan kelas sosial tersendiri di sebalik keahlian gimnasium.

Dari mata turun ke hati, itu mungkin menggambar­kan kecantikan seorang. Dalam pengertian zaman sekarang, kecantikan diterjemah­kan sebagai satu pakej, dalaman dan luaran.

Matlamat itu berupaya tercapai melalui rutin kecergasan misalnya aktiviti melangsing­kan badan, berat badan ideal, bebas daripada penyakit berbahaya, kulit mulus tanpa cela dan kesihatan dalaman yang tidak dizahirkan.

Perubahan gaya hidup membuatkan ramai individu memanjakan diri di pusat penjagaan kesihatan dan badan dengan menggunaka­n nasihat pakar dan teknologi untuk pembentuka­n tubuh ideal. Amy Quek, berkata masyarakat bandar cenderung memanjakan diri di gimnasium kecantikan yang membolehka­n mereka bersukan dan tata rias kecantikan.

“Konsep itu adalah tarikan sempurna dan menjadi gaya hidup wanita moden yang sentiasa mahu kelihatan cantik, anggun dan memiliki figura badan langsing.

“Ramai suka menjaga penampilan fizikal, mahu badan persis model, cantik dalam dan luar, kerana kesempurna­an itu akan meningkatk­an keyakinan diri,” katanya ditemui selepas memperkena­lkan kolaborasi jenama Bella Skin Care dan Marie France Bodyline di ibu negara, baru-baru ini.

Pusat kecantikan elit itu menyediaka­n rawatan wajah dan tubuh berkualiti tinggi, teknologi baharu, kemudahan imbas, diagnosis, rundingan, bilik rawatan dan juru terapi profesiona­l.

Pilih menu seperti buahbuahan segar dan sajian sihat untuk membekalka­n nutrisi.

“Sarapan sewajarnya dengan smootie overnight oat diperbuat daripada bijirin sihat seperti oat, susu segar, yougurt, titisan madu serta buahan.

Peserta, Miera Nadhirah Abdullah, 42, lebih gembira dengan rutin senaman berjalan kaki bagi mencukupka­n 10,000 langkah sehari hingga sanggup turun satu atau dua stesen aliran transit ringan (LRT), komuter bagi memenuhi rutin riadah setiap hari.

“Keadaan ini sekali gus membolehka­n badan bergerak aktif dan membina kekuatan otot berikutan sudah terbiasa berjalan jauh setiap hari,” katanya.

“Trend menjaga kecantikan perlu rajin ke gimnasium, membayar jurulatih peribadi, selain patuh pada corak pemakanan sihat,” katanya.

 ?? (Foto Nik Hariff Hassan/bh) ?? Senaman merampingk­an perut antara aktiviti sihat untuk mendapatka­n tubuh yang ideal.
(Foto Nik Hariff Hassan/bh) Senaman merampingk­an perut antara aktiviti sihat untuk mendapatka­n tubuh yang ideal.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Gaya hidup wanita moden sentiasa mahu kelihatan cantik, anggun dan langsing.
Gaya hidup wanita moden sentiasa mahu kelihatan cantik, anggun dan langsing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia