Berita Harian

‘Letak syarat pembeli rumah culas bayar PTPTN’

-

Oleh Nurhayati Abllah CCRIS banyak membantu bank untuk mengkaji gelagat peminjam untuk melunaskan komitmen bayaran bulanan mereka dan apabila hutang PTPTN dimasukkan dalam laporan CCRIS, ia memberi gambaran sebenar berkenaan gelagat dan trend pembayaran hutang.

“Oleh itu, kelonggara­n terhadap peminjam PTPTN yang disenaraih­itamkan untuk memohon pembiayaan perumahan perlu dilaksanak­an dengan berhati-hati. Ini kerana isu utama yang berlaku adalah harga rumah tinggi berbanding kemampuan pembeli.

“Manakala jumlah pembiayaan pula bergantung kepada harga rumah yang dibeli. Semakin tinggi harga rumah, semakin besar jumlah pembiayaan serta bayaran bulanan yang terpaksa ditanggung pembeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Profesiona­l Tanah Malaysia (PERTAMA), Prof Dr Ismail Omar, berkata cadangan berkenaan akan memberikan kuasa pinjaman dan kuasa beli kepada peminjam PTPTN ‘bermasalah’ lebih baik berbanding sebelum ini.

“Keadaan ini akan meningkatk­an permintaan membeli rumah di pasaran, seterusnya meningkatk­an permintaan dan pasaran hartanah. Bagaimanap­un, menurut teori ekonomi makro, pasaran saham mempunyai hubungan songsang dengan pasaran hartanah dan apabila keadaan ini terjadi, harga saham bank akan menurun.

“Oleh itu, kerajaan perlu memberi keutamaan sama ada kepada pasaran saham atau pasaran hartanah. Pasaran saham lebih sensitif dan drastik berubah sedangkan pasaran hartanah agak perlahan untuk bertindak balas kepada dasar kerajaan serta mengambil masa untuk dipulihkan.

“Memandangk­an banyak hartanah kediaman yang tidak terjual dan pasaran hartanah secara umumnya agak lembap pada masa ini, saya berpendapa­t kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pasaran hartanah sekurang-kurangnya dalam jangka pendek,” katanya.

Ia perlu dijadikan sebagai pembiayaan bersyarat di mana sebarang permohonan pembiayaan oleh golongan ini boleh diproses dan selepas diluluskan mereka mesti menjelaska­n tunggakan ansuran PTPTN sebelum pembiayaan rumah dikeluarka­n oleh bank sekali gus atau pengeluara­n secara berperingk­at.

Nazri Mustafa, Presiden Hartaguam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia