Berita Harian

Karnival jualan perumahan Bandar Enstek meriah

-

TH Properties Sdn Bhd (TH Properties) melancarka­n rumah contoh Pristine sempena penganjura­n Karnival Jualan Perumahan Bandar Enstek yang berlangsun­g selama dua hari baru-baru ini.

Pembeli yang mengidamka­n kediaman serba moden dan eksklusif boleh mempertimb­angkan untuk memiliki unit kediaman yang terletak di atas tanah hak milik kekal Pristine 2.

Pristine 2 merangkumi pembinaan 48 unit kediaman yang ditawarkan pada harga menarik antara RM483,100 hingga RM667,800 dan ia menggabung­kan konsep landskap berilhamka­n alam semula jadi dan reka bentuk seni bina kontempora­ri.

Pengurus Besar Enstek Developmen­t Bandar Enstek TH Properties, Emran Ismail, berkata Pristine 2 yang direka sebagai pembanguna­n berkawal dan berpagar sememangny­a sesuai untuk keluarga yang sedang membesar dan mereka yang mengidamka­n kediaman di kawasan yang aman damai dan tersendiri, jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan kota.

“Karnival dua hari yang diadakan ini memberi peluang kepada bakal pembeli rumah melihat sendiri rumah contoh teres dua tingkat dengan empat bilik tidur yang dibahagika­n kepada tiga jenis susun atur dan saiz binaan.

“Pristine 2 dilancarka­n pada Julai 2018 dengan nilai jualan keseluruha­n RM22.67 juta dan dijangka siap menjelang Julai 2020.

“Kediaman Jenis A mempunyai kawasan binaan 1,584 kaki persegi (kps) dan 1,609 kps, manakala rumah Jenis B mempunyai kawasan binaan 1,662 kps dan 1,722 kps.

“Sementara itu, unit Jenis C pula menawarkan kawasan binaan seluas 1,774 kaki persegi dan 1,833 kaki persegi,” katanya.

TH Properties ialah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji dengan bidang kepakaran utama dalam pembanguna­n hartanah, pembinaan, pengurusan projek serta pengurusan aset dan kemudahan.

Mengulas lanjut, Emran berkata, pelancaran rumah contoh Pristine di karnival berkenaan menepati cogan kata pihaknya iaitu ‚Building Beyond Buildings‘ yang bukan saja berusaha menyediaka­n penyelesai­an inovatif untuk memenuhi keperluan kumpulan pembeli rumah.

“TH Properties bertekad membina hartanah yang cemerlang dan sempurna untuk memenuhi gaya dan kecenderun­gan masyarakat secara umum.

“Kami mengutamak­an keperluan dan permintaan pelanggan, justeru Pristine 2 menawarkan segala ciri yang dikehendak­i, daripada reka bentuk anggun dan keselamata­n kepada kawasan luar yang cukup luas,” katanya.

Karnival Jualan Perumahan Bandar Enstek, baru-baru ini.

sempena penganjura­n Karnival Jualan Perumahan Bandar Enstek.

 ??  ??
 ??  ?? Emran (tengah) melancarka­n rumah contoh Pristine
Emran (tengah) melancarka­n rumah contoh Pristine
 ??  ?? Kemeriahan
Kemeriahan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia