Berita Harian

Hotel bajet IDCC tawar penginapan eksklusif

-

Oleh Nora Mahpar IDEAL Convention Centre Sdn Bhd (IDCC) bakal membina tambahan lima hotel bajet menjelang akhir 2020 dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan dalam segmen berkenaan.

Pengarah Urusannya, Tan Chin Yen, berkata ketika ini kadar penginapan di hotel bajet sedia adanya mencatatka­n lebih 50 peratus penginapan pada hari biasa manakala lebih 80 peratus ketika hujung minggu atau musim perayaan.

Katanya, dengan penambahan lima hotel berkenaan ia bakal memberi impak kepada pendapatan kumpulan dan menjangkak­an statistik pengunjung­nya akan terus mengukuh tahun ke tahun.

“Perbelanja­an modal bagi semua hotel berkenaan dianggarka­n sekurang-kurangnya RM15 juta membabitka­n antara 350 bilik hingga 500 bilik.

“Hotel bajet kami yang bertemakan hotel butik memfokuska­n kepada mereka yang datang ke ibu negara atas urusan kerja dan memerlukan tempat tinggal selesa untuk beristirah­at, selain lokasi dekat dengan kemudahan awam.

“Walaupun kadar harga kami jauh lebih murah, bilik yang selesa, eksklusif dan luas dengan kadar penginapan bermula RM52 satu bilik menjadi tarikan utama kepada pelanggan kami,” katanya kepada Bisnes BH, baru-baru ini.

Ketika ini, IDCC mempunyai lima hotel bajet iaitu Pegasus Inn, Shah Alam; Fumah di Kepong dan Damansara; Selangor dan Jalan Kuchai Lama; Kuala Lumpur serta Ideal di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Chin Yen berkata, bagi memenuhi pelanggan segmen hotel mewah, kumpulan kini dalam perancanga­n membangunk­an sebuah hotel bertaraf empat bintang di kawasan Petaling Jaya, yang akan dibina bermula tahun depan.

Mengenai perkhidmat­an sewaan ruang pamerannya, Pusat Konvensyen IDEAL, beliau berkata, pihaknya menyasarka­n perolehan daripada segmen sewaan ruang akan mencecah RM1 juta sebulan menjelang tahun depan, sejajar dengan lokasinya yang hampir dengan Lebuhraya Persekutua­n.

“Selain terletak hampir dengan lebuh raya utama, IDCC juga mempunyai tempat letak kenderaan percuma.

“Selain memberi penjimatan kepada pengunjung, ia juga memberi nilai tambah kepada penganjur dan sekali gus menarik lebih ramai penganjur antarabang­sa untuk ke Shah Alam,” katanya.

Pusat Konvensyen IDEAL memiliki 11 dewan dengan kapasiti sehingga 8,000 orang dan 3,000 tempat letak kenderaan percuma.

Pegasus Inn, Shah Alam sedia bilik penginapan selesa.

Pengarah Urusan IDCC

 ??  ?? Tan Chin Yen,
Tan Chin Yen,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia