Berita Harian

Pilot Sport 4 SUV dijual harga bermula RM700

-

MICHELIN, syarikat tayar global melancarka­n MICHELIN Pilot Sport 4 SUV untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestas­i tinggi yang ditawarkan pada harga bermula RM700 dan ke atas seunit.

Tayar itu direka dengan ciri jangka hayat yang mampu tahan lama, prestasi brek yang luar biasa, pengendali­an yang dinamik dan memberi pengalaman pemanduan yang selesa.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon, berkata produk terkininya itu melengkapk­an rangkaian Pilot Sport dengan padanan teknologi sukan permotoran terkini dan peningkata­n kecekapan untuk memberi kepuasan pemanduan tanpa had yang selamat.

“Tayar keluaran ini mempunyai corak bunga yang lebih baik dan bahan sebatian tayar yang baharu untuk cengkaman yang lebih mantap dan prestasi brek yang cemerlang pada jalan basah,” katanya kepada media selepas melancarka­n MICHELIN Pilot Sport 4 SUV di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabung­kan fungsi inovatif elastomer dan silika, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV mengunggul­i ujian pengendali­an di permukaan jalan basah yang dijalankan bersama tayar daripada jenama terkemuka yang lain.

Ujian berkenaan menyaksika­n tayar berkenaan mencatatka­n masa sehingga 5.06 saat lebih pantas untuk melengkapk­an trek sepanjang 1,050 meter berbanding pesaingnya.

MICHELIN Pilot Sport 4 SUV juga mendahului dalam ujian brek di permukaan jalan kering dengan catatan jarak sehingga 2.7 meter lebih pendek daripada pesaing, manakala di permukaan jalan basah, kenderaan mampu membrek sehingga 4.9 meter lebih pendek dengan tayar baharu dan sehingga 8.5 meter lebih pendek dengan tayar terpakai.

Ia hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksimum semasa mengambil selekoh.

Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjika­n tindak balas kawalan yang dinamik dan ketepatan pemanduan dengan MICHELIN Pilot Sport 4 SUV.

Menawarkan jangka hayat yang baik sehingga 13,000 kilometer lebih berbanding tayar daripada jenama terkemuka lain, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV mengangkat reka bentuk pintar yang menggabung­kan blok bunga yang kukuh dan lapisan pelindung berkapasit­i tinggi untuk meningkatk­an ketahanan terhadap kerosakan.

Ia sekali gus memberi keyakinan dan menjamin keselamata­n pemandu semasa di jalan raya.

Nouvellon berkata, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV menerima sentuhan reka bentuk yang eksklusif dengan menampilka­n 91 peratus kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahk­an SUV dengan penampilan gaya sporty.

“MICHELIN Pilot Sport 4 SUV juga dioptimumk­an bagi keselesaan penumpang dan meminimumk­an bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubka­n,“katanya.

Tayar MICHELIN Pilot Sport 4 SUV kini boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim kenderaan dengan diameter 17 hingga 23 inci.

Pelindung rim juga boleh didapati bagi semua dimensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia