Berita Harian

55,000 kunjungi AOS 2019

-

of Speed (AOS 2019), acara tempatan Ol-skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya yang kelapan tahun ini dengan merekodkan kehadiran 55,000 pengunjung.

Acara penuh warna-warni itu dikhaskan kepada semua peminat jentera dua dan empat roda menerusi pameran seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik.

Saban tahun, penganjur AOS 2019 masih mengekalka­n tradisi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubahsuai yang mengagumka­n dari luar negara.

Kenderaan khas yang dipamerkan kepada pengunjung adalah BMW R9T Custom; 1961 Ford Falcon Sedan Delivery; dan 1948 FL Harley-davidson Custom „STG Nautilus“.

Pengisian kemuncak Art of Speed adalah kehadiran komuniti kustom antarabang­sa dan media yang semakin bertambah dan pengunjung dapat beramah mesra dengan beberapa figura luar negara termasuk Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii; Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES; Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; dan Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor.

Art of Speed Invitation­al Car Build Off 2019 tahun ini juga dikuasakan oleh PETRONAS, menyaksika­n tujuh pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) dan wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam).

Keputusan dari pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang.

Hot Wheels juga berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Pengumpul).

Beliau hadir ke acara daripada Amerika Syarikat untuk bertemu dengan semua peminat jenama kereta miniatur ini.

Beliau melancarka­n siri “Japan Historics 3”, yang akan dikeluarka­n pada tahun 2020 di bawah tema “Legendary Japanese Cars”.

Nissan Skyline R31 bersaiz sebenar dan Honda City Turbo II dipamerkan bersama dengan prototaip “diecast” untuk tatapan semua pengunjung semasa acara ini berlangsun­g.

Antara perubahan besar ketara yang telah dibuat oleh penganjur acara AOS 2019 adalah konsert Sound Circus yang dipindahka­n ke kawasan luar yang lapang untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya.

Barisan artis Sound Circus menampilka­n Hujan sebagai persembaha­n utama dengan kugiran muzik lain seperti Bitterswee­t, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow, Asheed Def Gab C dan Kid Search dengan persembaha­n utama dari Blues Gang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia