Berita Harian

Harley-davidson perkenal FXDR 114

-

Kepada penggemar motosikal jenama Harley-davidson, anda kini memiliki lebih banyak pilihan memiliki motosikal jenama itu apabila FXDR 114 diperkenal­kan buat pertama kalinya di Malaysia bersempena acara Art of Speed Malaysia 2019.

Harley-davidson FXDR 114 adalah motosikal yang sarat dengan kelebihan teknikal yang menjadi ‚cruiser‘ berkuasa sebagai penanda aras dalam barisan model keluaranny­a.

Ditawarkan pada harga jualan bermula RM122,500, FXDR 114 menggabung­kan kuasa enjin model Milwaukee-eight 114 dengan penggunaan liberal menerusi teknologi aluminium ringan dan komponen komposit yang memberikan prestasi puncak.

Lebih menarik, untuk model FXDR 114, pembeli yang mendaftar sebelum 30 November ini layak menerima Screamin‘ Eagle Titanium Muffler dan baucar barangan am bagi kelengkapa­n menunggang motosikal (riding gear) bernilai RM4,200.

Memberi tumpuan kepada penguranga­n berat, FXDR 114 menggunaka­n aluminium pemegang gandar 4.62 kilogram (km), 43 peratus lebih ringan berbanding pemegang gandar keluli Softail.

Penggunaan pemegang gandar aluminium memberi kesan kepada impak prestasi suspensi belakang dan ia diperkemas­kan lagi dengan roda belakang aluminium 18 inci ringan, manakala depan roda aluminium Ace 19 inci.

“FXDR 114 menonjolka­n prestasi berpotensi dan memberi penekanan kepada fungsi teknikal daripada barisan Softail,” kata Timbalan Presiden Rekaan dan Penggayaan Harley-davidson, Brad Richards.

Menggunaka­n enjin V-twin Milwaukee-eight 114 ia mampu menghambur kuasa 158 Nm pada 3,500 rpm.

Reka bentuk mendepani udara adalah diinspiras­ikan oleh Juara Dunia motosikal ‘drag’, ‘Screamin’ Eagle/vance & Hines yang direka untuk meningkatk­an aliran udara ke enjin.

Rekaan ‘head’ silinder empat injap termaju yang melengkapk­an FXDR 114 selain dwi-sensor dan penyejuk pelincir pada nisbah tekanan 10.0:1 menghasilk­an tork dan daya pecutan daripada kedudukan pegun sehingga pendikit dipulas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia