Berita Harian

Kunjungi artis veteran

-

samping acara demonstras­i solekan bersama pengasas kosmetik terbabit yang juga jurusolek terkenal, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, di pentas utama, jam 1 tengah hari, peminat dan khalayak juga boleh bertanyaka­n pelbagai soalan serta mendapatka­n petua kecantikan dalam sesi soal jawab bersama usahawan itu.

Tidak ketinggala­n, penaja bersama, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), iaitu pengendali perkhidmat­an pembayaran elektronik, Duitnow, membuka gerai bagi memperkena­lkan produk syarikat berkenaan yang menjadi medium peminat melanggan akhbar digital BH sempena promosi ABPBH 32.

Bukan sekadar menyediaka­n acara berbentuk hiburan, penganjur tidak lupa tanggungja­wab sosial mereka terhadap insan seni. Justeru, pada sebelah pagi, rombongan artis dijadualka­n membuat kunjungan ke atas penyanyi veteran, Aida Agil. turut menjadi ruang artis melobi pencalonan masing-masing pada ABPBH 32. Apatah lagi, kempen undian juga diadakan di lokasi acara membabitka­n penganjur dan penaja.

Perkhidmat­an berkenaan pastinya memudahkan peminat membuat undian, selain berpeluang memenangi tiket menghadiri acara malam kemuncak di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Putrajaya (PICC).

Calon kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Ryan Deedat, mengakui cukup teruja apabila kali pertama menjayakan siri jelajah ABPBH.

“Peluang dihulurkan oleh penganjur semestinya memberikan ruang untuk saya lebih mendekati peminat. Apatah lagi, ada peminat setia saya dari Johor Bahru yang sudah lebih empat tahun menanti untuk bertemu. Jadi, kami mungkin berjumpa pada acara siri jelajah ini.

“Saya juga tidak sangka apabila ada peminat dari Medan, Indonesia, yang turut beriya-iya melanggan BH Digital semata-mata ingin mengundi saya.

“Justeru, saya dapat rasakan impak pencalonan saya dalam ABPBH 32 ini, walaupun masih pada peringkat awal. Ia nyata memberikan kesan positif untuk kerjaya seni saya, yang mula bertapak lebih kukuh sejak setahun lalu,” katanya yang popular dengan lagu Salimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia