Berita Harian

Komedi Late Night menjadi

-

Sekiranya anda penggemar filem drama komedi seperti

anda pastinya akan terhibur menonton naskhah terbaru arahan Nisha Ganatra,

Filem yang diterajui oleh Emma Thompson dan Mindy Kaling ini membawa penonton menyelami kisah di sebalik seorang personalit­i televisyen terkenal di Hollywood, Katherine Newbury.

Dihidupkan oleh bintang terkemuka Inggeris, Thompson, Newbury ialah pengacara sebuah program temu bual yang mempunyai sikap berbeza di belakang skrin. Di kaca televisyen, dia dianggap sebagai idola yang sentiasa ceria, bagaimanap­un, kehidupan realitinya tidak seindah seperti digambarka­n.

Mempunyai masalah dalaman dengan wanita, dia tidak serasi bekerja dengan golongan Hawa. Berikutan itu, rancangan temu bual lewat malam itu dikendalik­an hampir sepenuhnya pekerja lelaki.

Lebih menyedihka­n, Newbury tidak mengenali pekerja belakang tabir program diacarakan olehnya kerana sikapnya yang dingin.

Bagaimanap­un, Kehadiran Molly (Mindy Kaling) memberikan tamparan pada sikap egonya. Molly ialah wanita India-amerika yang tidak mempunyai latar belakang dalam dunia penyiaran. Dia diambil bekerja dengan rancangan berkenaan disebabkan Newbury mahu membuktika­n dirinya boleh bekerja dengan wanita.

Dimarahi pada hari pertama bekerja, Molly dianggap sebagai pekerja asing dalam kelompok lelaki yang suka merendah-rendahkan kemampuan wanita. Namun, ia tidak melemahkan semangat Molly yang juga peminat tegar Newbury.

Mencuba sedaya upaya untuk membantu Newbury, yang hampir kehilangan tempatnya apabila penerbit ingin menggantik­an dirinya dengan pengacara lebih muda, Molly perlahan-lahan menjadi orang kuat wanita terbabit, biarpun pada awalnya dia sering diperkecil­kan.

menarik kerana kekuatan kedua-dua bintang utamanya saat mereka berkongsi skrin. Masing-masing menghidupk­an karakter dengan baik sebagai watak yang berada dalam industri pekerjaan dikuasai golongan lelaki.

Tidak sekepala dan sering bercanggah pendapat, namun kedua-duanya turut mempunyai persamaan. Masingmasi­ng Newbury dan Molly tidak mempunyai rakan baik.

Diarahkan dan ditulis juga oleh wanita, filem ini berjaya memaparkan ketabahan golongan berkenaan dalam mengharung­i pancaroba dunia dikatakan bukan milik mereka. Ia sebuah karya yang sedikit sebanyak membantu meningkatk­an semangat dan keazaman wanita dalam mengharung­i dugaan semasa.

Ditambah dengan dialog dan keletah mencuit hati, terutamany­a Molly, filem ini nyata sesuai untuk tontonan semua peringkat khalayak, termasuk lelaki. bukan sekadar filem menghiburk­an, malah sarat jiwa dan penuh mesej.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia