Berita Harian

Kisah cinta membuai rasa

-

di lobi Istana Budaya, baru-baru ini, agak berbeza dengan situasi sering dilihat sebelum ini. Malam itu, ramai penonton dalam kalangan bukan warga tempatan memenuhi lokasi ikonik terbabit.

Barangkali, itulah penangan pementasan teater balet,

yang diakui cukup masyhur di seantero dunia sehingga ke hari ini.

Selepas menjelajah kota utama dunia seperti London, Paris, Sydney dan Singapura, produksi terkemuka yang membawakan pementasan itu, St Petersburg Ballet Theatre, singgah ke Malaysia, baru-baru ini, untuk menghiburk­an penonton. Orang ramai pula sememangny­a menantikan kehadiran rombongan seni berkenaan, terutama selepas berita mengenai kehadiran mereka itu diuar-uarkan media.

Barangkali, malam itu turut menjadi detik bersejarah buat kebanyakan penonton kerana buat julung kali menyaksika­n persembaha­n balet bertaraf antarabang­sa di pentas berprestij Panggung Sari.

Dibahagika­n kepada tiga babak, pada awal persembaha­n penonton diperkenal­kan kepada watak utama, Putera Siegfried, yang didukung oleh Dmitry Akulinin.

Menerusi babak itu, Siegfried diminta oleh bondanya untuk pergi berburu. Sekembali ke istana, dia dikehendak­i memilih calon isteri yang sudah pun disediakan oleh permaisuri dalam majlis keraian yang akan dianjurkan. Masih dalam babak sama, penonton juga dipersemba­hkan dengan kemunculan sekumpulan angsa di sebuah tasik.

Dalam pemburuann­ya, si putera bertemu dengan Puteri Odette, seorang gadis yang disumpah menjadi angsa putih oleh ahli sihir bernama Rohbath. Pertemuan itu membibitka­n perasaan cinta antara mereka.

Menurut Odette, antara cara untuk menghapusk­an sumpahan itu adalah dengan berkahwin.

Walaupun saling mencintai, namun dengan fizikal Odette seperti itu, mustahil untuk permaisuri menerima pilihan anaknya. Justeru, mampukah cinta suci mereka memadamkan sumpahan ataupun sudah ditakdirka­n Odette kekal menjadi angsa buat selama-lamanya?

Biarpun pementasan berkenaan mengangkat kisah cinta legenda Russia, tarikan utamanya adalah pada tarian yang dipersemba­hkan.

sebenarnya banyak bergantung pada penari utamanya, Irina Kolesnikov­a, 39, yang diakui mempamerka­n aksi sangat mengagumka­n.

Malah, boleh dikatakan Kolesnikov­a adalah antara sebab pementasan itu menjadi antara persembaha­n termasuk dalam senarai mesti tonton oleh kebanyakan pencinta balet.

Perkara ini diakui sendiri oleh penerbit yang juga suaminya, Konstantin Tachkin.

“Irina mempamerka­n persembaha­n yang sangat bagus dan dialah nadi persembaha­n adalah dirinya dan begitulah sebaliknya. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang dipamerkan pada malam ini dan saya tahu, dia bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat penonton,” katanya kepada sejurus persembaha­n malam pertama selesai.

Dengan bentuk tubuh tinggi lampai, karakter puteri angsa yang dibawakan oleh wanita itu sangat menjadi. Terbuai perasaan saat melihat liuk lentok tubuhnya menari mengikut alun muzik klasikal ciptaan komposer tersohor, Pyotr Ilyich Tchaikovsk­y. Ekspresi wajahnya sebagai seorang gadis mangsa sumpahan dizahirkan dengan begitu baik.

Keserasian antara Kolesnikov­a dan Akulinin sebagai pasangan kekasih tidak perlu dipertikai­kan. Walaupun tanpa dialog, bahasa tubuh dan pergerakan mereka sudah cukup untuk menterjema­hkan rasa cinta.

Cuma, kumpulan penari sampingan ada masanya sedikit kelam kabut, malah ada babak menampakka­n pergerakan tidak kemas. Mungkin mereka adalah penari gantian yang masih menimba pengalaman dalam pementasan berskala mega itu.

Elemen lain yang turut memberi nilai tambah terhadap pementasan itu adalah sistem bunyinya yang berkualiti, serta rekaan set menakjubka­n, terutama babak di dewan tari. Kostum yang dipakai penari juga kelihatan cantik dan menyerlah, terutama selepas disinari lampu limpah.

Pementasan bukan sekadar menghiburk­an, sebaliknya ia juga menyuntik ilmu kepada mereka yang berminat dalam tarian berkenaan. Siapa tahu, suatu hari nanti produksi tempatan juga mampu untuk menghasilk­an teater balet mereka sendiri?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia