Berita Harian

Allianz perkenal dua perlindung tambahan

Penuhi keperluan pelanggan di dalam, luar negara

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Allianz Malaysia Bhd melancarka­n produk terbaharun­ya, Medisafe Infinite+ dan Mediadvant­age untuk perlindung­an kesihatan yang lebih baik di dalam dan luar negara.

Kedua-dua produk berkenaan adalah perlindung­an tambahan kepada perlindung­an berfokuska­n Pelan Berkaitan Pelaburan, Allianz Powerlink.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, Joseph Gross berkata secara asasnya, produk Medisafe Infinite akan memberi pelanggan akses kepada rawatan kesihatan di luar negara.

“Allianz Powerlink adalah satu daripada produk kekal yang kami tawarkan dan kami ingin menawarkan rakyat Malaysia pilihan untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

“Dengan memperkena­lkan dua perlindung­an tambahan ini, rakyat Malaysia berupaya mendapatka­n perlindung­an kesihatan yang lebih fleksibel yang sesuai dengan keperluan mereka di dalam atau luar negara.

“Dalam soal kesihatan, jika seseorang pemegang insurans memiliki fleksibili­ti untuk membuat pilihan rawatan, ia boleh membezakan kami dengan penanggung insurans yang lain,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Allianz Life Insurance Malaysia Bhd adalah anak syarikat insurans hayat Allianz Malaysia.

Medisafe Infinite+ adalah perlindung­an tambahan utama untuk Allianz Powerlink dan ia mempunyai kad insurans sendiri yang menawarkan perlindung­an hospital dan pembedahan komprehens­if.

Ia juga menawarkan perlindung­an kanser yang membolehka­n pelanggan mendapat akses kepada teknologi perubatan baharu dalam rawatan kanser seperti ujian genomik, terapi yang disasarkan, terapi hormon dan imunoterap­i.

Mengulas lanjut, Gross berkata, perlindung­an tambahan itu juga menawarkan bayaran balik jika tiada tuntutan dibuat sebanyak 20 peratus daripada kos insurans.

“Pulangan berkenaan akan diberikan jika tiada tuntutan dibuat dalam tahun polisi. Selain itu, pelanggann­ya juga mendapat akses kepada Pendapat Perubatan Pakar Global (GEMO) serta had tahunan keseluruha­n yang tinggi dan tiada had keseluruha­n sepanjang hayat

“Medisafe Infinite juga menawarkan kemasukan sebelum kelahiran iaitu pada 14 hingga 35 minggu kehamilan,” katanya.

Allianz Powerlink adalah satu daripada produk kekal yang kami tawarkan dan kami ingin menawarkan rakyat Malaysia pilihan untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd

 ?? (Foto Intan Nur Elliana Zakaria/bh) ?? Gross (kiri) pada pelancaran dua perlindung­an kesihatan terbaru Allianz di ibu negara, semalam.
(Foto Intan Nur Elliana Zakaria/bh) Gross (kiri) pada pelancaran dua perlindung­an kesihatan terbaru Allianz di ibu negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia