Berita Harian

Malindo Air perkenal kelas perniagaan Flexi, Promo

-

Malindo Air memperkena­lkan kategori tambang kelas perniagaan baharu menerusi pilihan Kelas Perniagaan Flexi dan Kelas Perniagaan Promo.

Syarikat penerbanga­n itu berkata, Kelas Perniagaan Flexi mengekalka­n ciri tambang penuh, manakala Kelas Perniagaan Promo sesuai untuk mereka yang mahu terbang dalam kelas perniagaan pada harga lebih rendah.

“Kedua-dua kategori tambang kelas perniagaan itu menawarkan elaun bagasi berdaftar selain sehingga dua bagasi kabin dengan maksimum berat 10 kilogram (kg).

“Hidangan lengkap atau snek dalam pesawat, pilihan tempat duduk, mata Malindo Miles, tempat duduk kulit yang luas berserta skrin hiburan peribadi dalam pesawat untuk perjalanan yang menyenangk­an juga ditawarkan,” katanya.

Malindo Air berkata, Kelas Perniagaan Flexi juga ditampilka­n dengan ciri elaun bagasi 40 kg, tiga kali ganda mata Malindo Miles bagi setiap ringgit yang dibelanjak­an serta keistimewa­an akses bilik istirehat di lapangan terbang dengan kemudahan yang tersedia.

Kelas Perniagaan Promo juga menawarkan elaun bagasi 30 kg dan 1.5 kali ganda mata Malindo Miles.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Chandran Rama Muthy, berkata berasaskan penyesuaia­n itu, pihaknya menjadikan kelas perniagaan lebih dapat diakses oleh mereka yang mementingk­an kos.

“Dalam usaha menjadikan produk kami sentiasa relevan, Malindo Air berusaha melaksanak­an pelbagai penambahba­ikan produk demi memenuhi permintaan penumpang dan rakan kongsi peniagaan perjalanan.

“Kami mahu terus menumpukan pelanggan dan memberi pengalaman penerbanga­n lebih baik setiap kali mereka terbang bersama Malindo Air,” katanya.

BERNAMA

Kedua-dua kategori tambang kelas perniagaan itu menawarkan elaun bagasi berdaftar selain sehingga dua bagasi kabin dengan maksimum berat 10kg

Shamsor (kiri) diiringi Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia