Berita Harian

Toyota Vios baharu dapat sambutan hangat

Model generasi ketiga raih sokongan pelanggan golongan muda

- Bhbiz@bh.com.my

Oleh Mohd Zaky Zainuddin dan Ruwaida Md Zain UMW Toyota Motor Sdn Bhd sudah menyerahka­n kira-kira 15,000 unit model Toyota Vios serba baharu setakat akhir bulan lalu.

Pengarah Pemasarann­ya, Shamsor Mohd Zain, berkata penerimaan memberangs­angkan bagi model generasi ketiga yang diperkenal­kan pada akhir Januari lalu dipacu pengenalan kempen As Never Before Bonanza, acara Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Kejuaraan Toyota Velocity E-sport.

“Dengan slogan All About The Drive, kami berjaya meraih sokongan pelanggan generasi muda dan menerima maklum balas yang positif daripada mereka,” katanya pada majlis penyampaia­n hadiah kempen As Never Before Bonanza di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, empat pelanggan bertuah berjaya membawa pulang model baharu Toyota Vios 1.5G menerusi Kempen As Never Before Bonanza bermula Januari hingga April lalu.

Hasmynor Ahmad, Lee Yian Ling, C Pugalendra­n dan Siti Aishah Mohd Said masing-masing membeli kenderaan jenama Toyota di pengedar Toyata di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan dalam tempoh itu membolehka­n mereka dipilih sebagai pemenang.

Kempen yang disertai kira-kira 20,000 pelanggan yang membeli kenderaan jenama terbabit di seluruh negara itu juga bersempena pelancaran Toyota Vios baharu pada akhir Januari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Shamsor berkata, sepanjang tempoh kempen, UMW Toyota menggalakk­an pelanggan memandu uji model terkini Toyota di cawangan Toyota di seluruh negara.

“Kempen ini adalah cara kami menghargai pelanggan Toyota kerana kesetiaan, kepercayaa­n dan sokongan terhadap produk dan perkhidmat­an kami.

“Hadiah yang akan disampaika­n kepada pemenang adalah bukti komitmen kami sepanjang hayat dalam usaha memberikan produk dan perkhidmat­an terbaik kepada semua pelanggan kami.

“Terima kasih kerana memilih kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga Toyota. Kami sangat berterima kasih atas sokongan berterusan anda kerana kami tidak akan berada di sini tanpa pelanggan yang setia seperti anda,” katanya.

 ?? [Foto Faiz Anuar/bh] ?? Never Before Bonanza di Shah Alam. Akio Takeyama (tiga dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang peraduan As
[Foto Faiz Anuar/bh] Never Before Bonanza di Shah Alam. Akio Takeyama (tiga dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang peraduan As

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia