Berita Harian

Royal Brunei Airlines dapat penarafan 4 bintang

-

Royal Brunei Airlines (RB) memperoleh penarafan empat bintang Skytrax daripada pertubuhan penarafan pengangkut­an udara, susulan audit terperinci kualiti produk dan standard perkhidmat­an keseluruha­n syarikat penerbanga­n itu.

Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand, berkata penarafan empat bintang itu diberikan selepas semua aspek perkhidmat­an dan produk diaudit oleh juruaudit penerbanga­n berpengala­man menggunaka­n penanda aras antarabang­sa yang meliputi 900 item penilaian.

“Kami gembira dan berbangga menyertai senarai eksklusif syarikat penerbanga­n empat bintang di dunia dan antara yang terkecil mencapai status global sedemikian.

“Kami dengan jelas berusaha dan memastikan keputusan yang diambil menyokong strategi fokus perkhidmat­an dan meningkatk­an pengalaman penumpang. Kami telah menerima beberapa anugerah perkhidmat­an utama dan satu penghargaa­n untuk kini diberikan anugerah empat bintang Skytrax,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, adalah turut menggembir­akan bahawa dalam senarai syarikat penerbanga­n 100 Teratas Skytrax di dunia, RB memperbaik­i kedudukan di tempat ke-66 tahun ini daripada ke-95 pada 2016.

“Kami dinamakan sebagai salah satu lima syarikat penerbanga­n paling meningkat dan tidak lama dulu dinamakan antara 10 syarikat penerbanga­n paling digemari di dunia,” katanya.

Pengumuman akreditasi empat bintang RB itu diadakan di Collaborat­ion Hub, Kampus RB.

Ia dihadiri Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi Brunei, Datuk Seri Abdul Manaf Metussin.

Turut hadir ialah Lembaga Pengarah RB, tetamu korporat, rakan perniagaan, ejen pelanconga­n, pengendali hotel dan pelanconga­n serta kakitangan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia