Berita Harian

Permintaan emas paling tinggi dalam tiga tahun

Prestasi dijangka berterusan, pegangan global meningkat

-

London: Bank pusat beberapa negara terus menambah emas pada separuh pertama tahun ini, sekali gus membantu meningkatk­an permintaan logam berharga itu kepada paras tertinggi dalam tiga tahun, kata Majlis Emas Dunia (WGC).

Sebanyak 374.1 tan ditambah dalam tempoh enam bulan pertama, ketika Russia dan China terus membina rizab serta pembelian dalam kuantiti yang besar oleh Poland.

Trend ini dijangka berterusan, dengan kaji selidik terkini bank pusat menunjukka­n 54 peratus responden menjangkak­an pegangan global akan meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat di seluruh dunia telah menambah rizab apabila pertumbuha­n ekonomi semakin perlahan, perdaganga­n dan ketegangan geopolitik meningkat, manakala pihak berkuasa berusaha mempelbaga­ikan pelaburan daripada dolar Amerika Syarikat (AS).

Emas mencatatka­n rali tertinggi dalam tempoh enam tahun pada Julai, dengan jangkaan terhadap kadar faedah AS yang lebih rendah dan kebimbanga­n ekonomi, melonjakka­n nilai logam berharga itu.

Spot emas jatuh ke paras rendah semalam, penurunan hari kedua selepas keputusan Rizab Persekutua­n (Fed).

Logam berharga itu merosot 0.5 peratus kepada AS$1, 407.04 satu auns, menjadikan keuntungan tahun ini kepada 9.7 peratus.

Poland membeli 100 tan pada suku kedua, tertinggi oleh bank pusat sejak pembelian India pada 2009, kata WGC dalam satu laporan.

Pembelian itu susulan daripada pembelian awal pada kadar yang lebih kecil pada tahun lalu.

Katanya, negara lain seperti Russia dan China adalah pembeli biasa, tetapi ia dibantu oleh industri perlombong­an yang tidak ada di Poland.

Permintaan emas meningkat sekitar lapan peratus dari tahun sebelumnya kepada 2,181.7 tan metrik, tertinggi untuk separuh pertama sejak 2016.

BLOOMBERG

 ??  ?? Jangkaan terhadap kadar faedah AS lebih rendah dan kebimbanga­n ekonomi melonjakka­n nilai emas.
Jangkaan terhadap kadar faedah AS lebih rendah dan kebimbanga­n ekonomi melonjakka­n nilai emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia