Berita Harian

Nilai yen lonjak jejas keuntungan Honda

-

Tokyo: Keuntungan operasi pengeluar kenderaan Jepun, Honda Motor Co susut 16 peratus pada suku pertama, berikutan yen yang lebih tinggi memberi kesan kepada pendapatan luar negara dan kejatuhan jualan kenderaan Amerika Syarikat (AS).

Pembuat kenderaan nombor tiga Jepun itu mencatatka­n pendapatan operasi sebanyak 252.4 billion yen (RM9.81 bilion) bagi tempoh April-jun berbanding 299.3 bilion yen (RM11.63 bilion) tempoh sama tahun lalu.

Jualan syarikat AS jatuh kepada 407,000 kenderaan dalam tempoh tiga bulan, daripada 425,000 kenderaan tahun sebelumnya.

Ia menurunkan unjurannya bagi jualan global pada tahun ini hingga Mac 2020 kepada 5.11 juta kenderaan, berbanding unjuran sebelum ini sebanyak 5.16 juta dan rekod jualan 5.323 juta unit tahun lalu.

Bagaimanap­un, Honda optimis mencatatka­n peningkata­n keuntungan operasi sebanyak 6.0 peratus kepada 770 bilion yen tahun ini.

Honda, seperti pembuat kereta lain, bergelut untuk membina semula jenamanya di tengahteng­ah persaingan yang semakin meningkat daripada firma teknologi seperti Alphabet dan Uber.

Ia susulan industri automotif bergerak ke arah kenderaan bercirikan autonomi, elektrik dan perkongsia­n.

Pada Mei, Honda memberi isyarat ia berhasrat untuk mengurangk­an kos pengeluara­n global sebanyak 10 peratus menjelang 2025 dan mengurangk­an variasi model serantau, dengan menyalurka­n penjimatan kepada aspek penyelidik­an dan pembanguna­n.

Syarikat itu juga meluaskan kerjasama dengan menyertai projek mobiliti oleh Softbank Group Corp dan Toyota Motor Corp dan melabur dalam unit kenderaan memandu sendiri, Cruise oleh General Motors Co.

REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia