Berita Harian

Trump kenakan tarif baharu ke atas China

-

Washington: Presiden Donald Trump berkata akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas baki import China bernilai AS$300 bilion mulai 1 September ini.

Ia selepas perunding gagal mencapai kemajuan dalam perbincang­an perdaganga­n antara kedua-dua negara, menghantar gelombang kejutan ke pasaran Amerika Syarikat (AS).

Levi, yang akan meliputi barangan pengguna yang luas daripada telefon bimbit dan komputer riba kepada barang mainan dan kasut, menamatkan gencatan senjata sementara dalam perang perdaganga­n yang mengganggu rantaian bekalan global dan pasaran kewangan selama lebih satu tahun.

Trump kemudianny­a memberitah­u wartawan bahawa beliau boleh terus menaikkan kadar tarif, bahkan melepasi paras 25 peratus, bergantung kepada kemajuan dalam rundingan dengan Presiden China Xi Jinping.

“Saya fikir Presiden Xi mahu membuat perjanjian, tapi terus terang, beliau bergerak tidak cukup pantas,” kata Trump.

Berita itu melanda pasaran kewangan AS dengan keras sekali.

Harga minyak merosot tujuh peratus, dengan minyak mentah Brent mencatatka­n kejatuhan peratusan harian terbesar sejak Februari 2016.

Penanda aras S&P 500, yang berada di wilayah yang kukuh pada petang Khamis, ditutup 0.9 peratus lebih rendah.

Penanda aras pulangan bon Perbendaha­raan AS juga jatuh.

Persatuan peruncit meramalkan kenaikan dalam harga pengguna.

Target Corp jatuh 4.2 peratus, Macy‘s Inc turun enam peratus dan Nordstrom Inc turun 6.2 peratus.

Moody meramalkan tarif baharu itu akan memberi kesan kepada ekonomi global pada ketika mana pertumbuha­n sudah pun perlahan di AS, China dan zon euro.

Tarif itu juga mungkin memaksa Rizab Persekutua­n (Fed) sekali lagi mengurangk­an kadar faedah untuk melindungi ekonomi AS daripada risiko dasar perdaganga­n, kata pakar.

Trump mengumumka­n tarif baharu dalam satu siri tweet,

Saya fikir Presiden Xi mahu membuat perjanjian, tapi terus terang, beliau bergerak tidak cukup pantas.

menyalahka­n China kerana tidak mempercepa­tkan usaha membeli lebih banyak produk pertanian AS dan mengkritik Xi kerana lambat melakukan secukupnya.

“Rundingan perdaganga­n diteruskan, dan semasa rundingan itu, AS akan memulakan, pada 1 September, mengenakan tarif tambahan kecil sebanyak 10 peratus untuk baki 300 bilion dolar barangan dan produk yang datang dari China ke negara kita. Ini tidak termasuk 250 bilion dolar sudah dikenakan tarif pada 25 peratus,” demikian ulasan Tweeter Trump.

Ditanya berhubung kesannya ke atas pasaran kewangan, beliau kemudian memberitah­u pemberita: “Saya tidak bimbang sama sekali.”

Beliau berkata, kadar tarif boleh ditingkatk­an secara berperingk­at.

“Kadar 10 peratus adalah untuk tempoh jangka pendek dan kemudian saya boleh mengenakan lebih banyak lagi atau saya boleh mengurangk­annya, bergantung kepada apa yang berlaku berkenaan perjanjian.”

REUTERS

Donald Trump, Presiden AS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia